::Tabung::

Tuesday, April 26, 2011

Syukur dengan apa yang DIA beri.

Assalammualaikum.

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita tak dapat pun apa yang kita nak kan?

Semalam, saya dapat result latihan praktikal saya. Kawan-kawan semua dapat result gempak. Semua cemerlang. Saya? hanya setakat lulus je. Apa-apa pun Alhamdulillah sebab masih lulus. Saya still dapat teruskan pengajian sampai habis. Harapan saya pada mulanya inginkan result yang cemerlang sama macam kawan-kawan saya tapi tak dapat nak buat mcm mana kan? Nak menangis pun takda gunanya. Benda dah lepas mana boleh undur balik dah.

Apa yang saya dapat hari ni, mengambarkan apa yang saya buat sebelum ni. Mungkin masa latihan tu, saya tak buat kerja dengan betul ke tak tahu la. Tapi apa yang saya tahu penilaian majikan pada saya, ok je. Takda pulak bagi markah rendah-rendah. Dan sesi temuduga dengan pensyarah pun takda masalah. Buku laporan pun ikut format yang betul. Dimana silapnya,saya tak pasti.

Mungkin sebab saya banyak menyusahkan pensyarah bila saya buat keputusan untuk menukar tempat latihan industri. Pertukaran ini dibuat bukan atas dasar suka-suka. Pensyarah sendiri yang mencadangkan untuk saya menukar tempat latihan kerana company yang pertama seperti tidak sesuai dengan jurusan yang saya ambil. Sepanjang membuat urusan pertukaran, mungkin terjadi salah faham diantara syarikat saya bekerja dengan pihak Politeknik. Dan yang menjadi mangsa adalah saya. Jadi pada sesiapa yang nak mintak tukar-tukar tempat tu, pikir la 2,3 kali sebelum buat keputusan, kalau tak nanti jadi macam saya. ngee

Ok. Sekarang ni saya nak lupakan semua yang berkenaan latihan industri sebab sekarang ni musim peperiksaan di Politeknik. Jadi saya nak result saya untuk sem ni adalah yang terbaik dari sem-sem lepas. Saya tak nak jadi macam sem lepas lagi. Memang saya meletakkan harapan yang tinggi untuk sem ni. Kalau kita berusaha,berdoa dan tawakal, InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita nak. So wish me luck!




p/s: Tak sabar nak balik rumah dan bercuti selama 2 bulan. :)

4 comments:

  1. awak, masa buat pertukaran tu... awak dah start praktikal ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah start prktikal dah..tggl sebulan lbh je sblm habis prktikal..

      Delete
  2. awak, masa buat pertukaran tu... awak dah start praktikal ke belum?

    ReplyDelete

::Tabung Rumah::