::Tabung::

Tuesday, September 24, 2013

Tarikh Nikah

Assalammualaikum.

Rancangan asal 31 Januari 2014. Terpaksa diawalkan 28 Disember 2013. Bagus! Satu apa pun tak buat lagi nih. Huwaaaaaa ;(

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

Jerebu

Floria, Putrajaya.




Ketika jerebu,masih sempat ke Floria. Sekian.

Sunday, June 23, 2013

Akhirnya. Thank You Nuffnang!

Assalammualaikum.

Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah kan?

Apa yang kita usahakan,itulah yang kita dapat.

Kalau nak lebih,kenalah usaha lebih jugak.



Dan ini apa yang aku dapat setelah sekian lama. Nampak sangat takda kesungguhan. Hehe. Update blog pun jarang, macam mana nak dapat lebih kan. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak la daripada takda. Walaupun jarang blogwalking dan update story dalam blog, nuffnang still bagi peluang untuk aku menambah duit poket aku. Tambah-tambah, tak lama lagi dah nak kahwin. Boleh buat belanja kawin kan? hehe.

Sekian.

Saturday, June 22, 2013

Muhamad Amier Hafiy

Assalamualaikum :)





Tengok baby orang,terasa macam nak ada baby sendiri. Aish. Gatal!

Wednesday, May 1, 2013

Wednesday, April 24, 2013

Nora Danish Hanif buat Gwiyomi comel gila!!!!

Assalamualaikum.

Hai korang. Jom tengok video Nora Danish buat gwiyomi. Yang ini takda tipu punya. Betul-betul punya takdak main-main lor. Haha.

Super Cute!! :)

Bye~

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday

Assalammualaikum.



Disebabkan hari ni hari rabu,jadi I malas nak menaip panjang-panjang. Hehe. Actually ada cerita pada gambar ni. Jadi, tungguuuuuu~
Bye!

Saturday, March 30, 2013

My Balloon Fiesta 2013

Assalamualaikum! :)
   


Tahukah anda di saat ini sedang berlangsungnya Hot Air Balloon Fiesta di Putrajaya. Aktiviti ini berlangsung pada 28 Mac sehingga 31 Mac 2013 iaitu semalam sampai hari ahad ni. So siapa-siapa yang ada masa terluang tu boleh la pergi ke Putrajaya. Bukan sekadar tengok hot balloon je tapi kita boleh buat banyak aktiviti yang menarik okey. Macam-macam game yang diorang jalankan antaranya 'extreme game' dan 'side event activities'.



Di antara game yang dijalankan termasuklah wall climbing, car simulator, water ball, segway dan sebagainya. Kalau nak main game ni semua tentunya perlu mengeluarkan sedikit wang. Range harga game ni semua diantara RM5 hingga RM35. Kalau nak naik hot balloon plak,kena bayar RM20 tapi limited kepada 300 pengunjung sahaja. So, siapa cepat dia dapat. Esok bangun pukul 4 pagi dan beratur. OK?

Oh ye. Hot balloon ni berlangsung dekat dengan kawasan Monumen Alaf Baru dekat Presint 2 Putrajaya. Parking pun banyak tersedia. Then kalau korang malas nak drive,korang boleh naik KLIA Transit sampai stesen putrajaya. Pastu naik bas pulak sampai presint 2. Bas Nadi Putra tau. Jangan ngada-ngada naik bas lain, kang ada yang sampai tempat lain pulak. Lagi satu berita yang agak menggembirakan ialah dapat diskaun 30% untuk korang yang naik tren ni. :)

Kalau nak pergi waktu malam pun boleh jugak. Ada banyak aktiviti yang dijalankan. Paling best, ada bunga api. Weeehuuuu~ Cuba bayangkan korang tengah tengok hot balloon kat atas langit tu pastu tiba-tiba disinari cahaya bunga api. Cantik bukan? Boleh la tangkap gambar banyak-banyak malam ni. Jangan lupa bawak kamera okey!

p/s: I pun nak pergi jugak la malam ni. Bye~

Tuesday, March 26, 2013

Firman - Kehilangan (lirik)

Assalammualaikum

Meh ramai-ramai dengar lagu Firman ni. Artis seberang ye. Suara dia sedap bangat. Lagu pun best gila. Terasa macam menusuk kalbu betul.


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
Sekian. Bye~

Saturday, February 23, 2013

Tunang orang.

Assalamualaikum.

Setelah bertungkus-lumus buat preparation untuk bertunang sampai tak sempat nak update blog, akhirnya majlis selasai dengan jayanya. :) Now, I am someone fiancée :) senyum lagi. :) Ok malas nak taip panjang-panjang. Scroll bawah untuk tengok gambar sepanjang majlis. :)

Barang hantaran. Buat simple-simple je. Tu pun  atas pertolongan kawan-kawan. Thanx korang. :)

Mini pelamin buat sendiri. Langsir mak jahit. Bantal kecik, pasu n karpet bulu-bulu beli je.
Bantal besar pinjam member. :)

Sebelum majlis. Amik feel dulu. hehe. Mekap by my best friend. Free je. Hehe. Veil pun pinjam my best friend jugak, Azimah. Thanx both of u. <3 Tudung beli kat Nilai 3, harga RM15 kalau tak silap. Baju kurung beli dah siap je. Senang. hehe. :)

My sibling. Kakak. Me. Adik. Adik. :)

Gambar tak clear sangat. :)

Bakal mak mertua. Kebetulan sama tema. :)

Candid. Masing-masing nak tgk cincin. :)

My mum n dad. :)

Jiran tetangga yang sudi membantu. :)

Gabungan biru dan peach adalah awesome! :) Suka sangat. :)

Family tunang tersayang. :)

Merisik satu. Tunang satu. :)

My best friends 2003-now. :) 10 years already. :)

My fiancée. :)


Ok cukup. Semua gambar tidak di-edit. Malas. Haha. Bye. :)

p/s: banyak sangat smiley kat entry ni. Nampak tak ke-happy-an disitu. :) :) :)



Saturday, January 19, 2013

Preparation.

Assalammualaikum.

Erm,tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Keadaan akan menjadi kelam kabut lepas ni bila mana dalam masa lebih kurang sebulan dari sekarang,aku bakal bertukar status. Setelah 4 tahun berkenalan,akhirnya kami akan ditunangkan. Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Amin.

Org lain bertunang,preparation dorang sangat la dasyat. Tiga empat bulan sebelum majlis lagi dorang dah sibuk buat itu ini untuk majlis dorang. Aku ni apa pun tak buat lagi. Cukup ke masa sebulan ni untuk aku buat preparation sepenuhnya? Mana dengan doorgiftnya lagi,baju, mekap, kenduri bla bla bla. Alamak seramnya. Mungkin majlis tunang nanti,aku buat yang simple-sinple je. No pelamin-pelamin bagai. Duduk je atas lantai tu sarung cincin. Haha. Sebab kalau nak tempah pelamin pun,dah tak sempat dik oi. Manada orang nak terima tempahan lagi dah. Lain la klu awak sanggup DIY pelamin sendiri. :)

Gubahan hantaran pun aku tengah blur jugak ni. Sudahlah tangan aku dari dulu tak berseni. Siapa pulak lah yang bakal jadi mangsa untuk siapkan hantaran aku ni. Mintak tolong kawan-kawan je la nampaknya. Memandangkan ini adalah majlis tunang,jadi hantarannya lebih banyak benda-benda makan. Meh nak senaraikan apa yang aku nak bagi kat family belah sana nanti :-

  • Songkok
  • Kain satin (nak buat baju nikah)
  • Sejadah
  • Kek
  • Buah
  • Coklat
  • Kemeja
  • Tuala mandi
  • Sirih junjung
Cukup sembilan dulang. Jadi yang belah sana kena bagi 7 dulang sebagai balasan. Actually barang-barang ni semua dah beli siap-siap dah. Sebelum tarikh ditetapkan lagi. Haha. Gila semangat. Cuma barang makanan je yang belum beli lagi. 

Untuk doorgift, masih belum difikirkan nak bagi apa kat tetamu-tetamu semua. Tetamu yang datang pulak lebih kepada saudara-mara belah aku sebab abah n mak nak ajak adik beradik dorang semua. Pulak tu aku ni anak pertama yang bakal bertunang, so parent terlebih excited disitu. Family belah sana yang datang tak ramai pun,cuma 3 kereta. Aku rasa doorgift nanti nak bagi makanan je. Boleh makan, boleh kenyang dan senang hati. :)

Setakat ni,itu je yang aku terfikir. Ada apa-apa yang tertinggal ke?

::Tabung Rumah::