::Tabung::

Friday, April 1, 2011

Review 'OI BANGUNLAH OI'.

Assalammualaikum readers!

Hari ni saya nak buat review pasal buku motivasi tulisan Dr HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ. Apa yang menarik tentang buku ni?



Buku motivasi yang diterbitkan oleh Grup Karangkraf ini banyak memaparkan kisah-kisah benar yang terjadi di dalam masyarakat umum pada masa ini. Buku yang mempunyai 316 muka surat ini dapat memberikan impak positif pada setiap orang yang membacanya. Saya percaya, dengan membaca buku ini, banyak cerita yang boleh dibuat pengajaran dan teladan pada kita semua. Dengan harga yang sangat murah iaitu RM10, pasti ramai yang mampu memilikinya.

Kisah-kisah yang dipaparkan dapat menaikkan semangat seseorang untuk terus berjaya dalam hidup. Saya sendiri sudah membacanya dan olahan ceritanya sangat superb! :)

Bagi mereka yang suka membaca, saya cadangkan anda beli dan baca sendiri buku motivasi ni. Anda pasti takkan menyesal. :)

2 comments:

::Tabung Rumah::