::Tabung::

Monday, May 5, 2014

Kek Batik

Bahan-bahan 

• biskut marie yg telah dipatah dua
• 1 buku mentega
• 1 tin susu pekat
• 1 paket kecil milo
• 1 botol kecik serbuk koko
• 2 sudu nescafe

Cara-cara 

1. Cairkan mentega di dalam kuali.
2. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
4. Apabila sudah rata, masukkan biskut marie ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
5. Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
6. Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada bila2 masa.


Selamat mencuba!

Monday, April 28, 2014

I'm Pregnant!!!!

Assalammualaikum.

Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan bergelar isteri,akhirnya saya disahkan mengandung. Bulan pertama,kedua dan ketiga adalah bulan yang paling merisaukan bila kawan2, saudara dan family banyak yang bertanya 'dah ada isi ke belum?' Masa tu tak dinafikan memang tersangatlah tension! Sampaikan pergi jumpa doktor untuk check kot-kot ada masalah atau penyakit lain. Tapi alhamdulillah tak ada apa2 yang serius dan i'm pregnant! :)

Bayi dalam kandungan baru berusia 5 minggu dan bakal dilahirkan pada bulan Disember nanti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Sekarang ni rasa macam puteri raja sangat bila semua orang care pasal kandungan ni. Masing2 bagi nasihat berjela-jela. Walaupun ada kawan2 yang belum kahwin lagi tapi nasihat dia kalah orang anak sepuluh. ;)



:)

Friday, January 3, 2014

Selamat diijabkabulkan 29.12.2013

Assalammualaikum

Esok majlis bertandang kat Johor. Semoga semua berjalan dengan lancar. Ahad lepas majlis nikah & sanding belah perempuan. Buat satu hari je. Pagi nikah then terus sanding. Penat tapi best. :)

pre-wedding picture. 2 minggu sebelum majlis.

Selapas akad nikah.

Makan beradap.

Siblings

Semoga hubungan kita kekal until Jannah!
Dah lama nak ucap ayat ni. hehe
k bye!

::Tabung Rumah::