Assalammualaikum wahai sahabat semua.
Kalau sebelum ni saya bercerita pasal aktiviti saya masa kat Poli, hari ni saya nak cerita aktiviti saya dengan keluarga pulak. Tak banyak pun aktiviti yang kami lakukan bersama tapi adalah sikit-sikit. hehe.
Saya ni jarang balik rumah, boleh dikatakan paling kerap pun 2minggu sekali. Jadi, bila dah balik rumah tu pandai-pandai la luangkan masa ngan famili. Rumah saya dengan Poli takde la jauh mana. Sebenarnya memang tak jauh pun. huhu. Setakat Puchong-Shah Alam apa la sangat kan. Tapi disebabkan susah nak cari transport dan sedikit ke-busy-an, jadi nak balik rumah tu mmg liat la sikit. huhu.
So,baru-baru ni time saya ada kat rumah mak saya ajak saya makan seafood kat Restoran Nelayan. Bukan famili kami je tapi ada jiran-jiran lain yang join. Kami bergerak dalam pukul 8.30 mlm dan sampai kira-kira setengah jam kemudian. Sampai-sampai je kami terus ambil makanan dan makan..hehe. Nampak sangat lapar.
|
capture gambar dulu sebelum melantak.. |
|
ni la dia..bukan main lapar lagi.. |
|
muka kenyang je masing-masing.. |
|
ngeh~ |
lepas makan kat Restoran nelayan, kami jalan-jalan sekitar KL. Singgah kejap kat Dataran Merdeka, tengok kanan tengok kiri, pastu balik. haha.
|
capture dari dalam kereta je.. |
|
dataran merdeka..
Selamat malam korang. |
|
No comments:
Post a Comment