::Tabung::

Friday, May 6, 2011

Tips nak achieve impian.

Assalammualaikum readers!


Hari ni saya nak kongsi sikit pasal impian yang saya nak capai tapi still belum tercapai sampai sekarang!! Kalau ikutkan, impian saya ni banyak sangat. Nak listkan satu-satu segan la plak sebab impian tu ada yang macam mengarut sikit. hehe. Jadi adalah baik jika kita fikirkan sama-sama macam mana nak achieve impian yang telah kita bina tu?


So, apa kata korang? macam mana korang nak capai impian korang tu? dengan hanya petik jari je korang boleh capai ke impian tu? nehi,nehi,nehi!! Tak boleh babe. Lain la kalau korang ni anak orang kaya atau pun seorang yang bekerjaya dimana impian korang sekadar inginkan barang-barang atau gadget atau aset yang mahal-mahal tu. Kalau benda-benda ni semua, memang korang senang nak dapat la kan? Tiada yang mustahil kata orang.


Tapi macam mana pulak kalau impian korang, nak bahagiakan orang sekeliling korang seperti parents, kekasih, suami atau isteri. Ataupun impian korang, nak dapat result yang cemerlang dalam exam. Boleh ke korang dapat senang-senang macam tu je?? Tak boleh kan? Orang kaya pun susah nak capai impian yang seperti ini tahu tak?


Sebagai contoh, kita nak dapatkan keputusan yang gempak dalam exam, jadi apa yang kita perlu buat ialah belajar. Tapi cukup ke kalau kita belajar je? Belum cukup lagi tu. Lepas belajar, kita kena buat ulangkaji pulak iaitu buat latihan banyak-banyak supaya kita dapat mantapkan lagi pengetahuan yang kita ada tu. Bila dah mantap, barulah kita boleh jawab soalan-soalan dalam exam dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Ecehhhh. Tak gitu?


Apa yang kita buat ni semua namanya adalah USAHA! Tanpa usaha, susah kita nak berjaya atau capai impian kita tu. Walau apa sekalipun impian kamu, usaha itu adalah kuncinya. Dan lepas dah usaha, barulah kita boleh berdoa dan tawakal.


Eh eh mana impian yang saya kata nak KONGSI masa awal-awal perenggan tadi ek?huhu. Lupa plak nak kongsi dengan korang. Actually, impian saya simple je. Saya nak berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. That all. (: Nampaknya, saya pun kena usaha lebih la lepas ni sebab banyak lagi perkara yang saya kena buat untuk saya berjaya.

3 comments:

  1. YAN KENA USAHA DOUBLE LEBIH SEBAB BANYAK SGT TAK TERCAPAI LAGI.WUWUWU T_T

    ReplyDelete
  2. usaha tangga kejayaan
    DUIT=doa, usaha, istiqamah, tawakal

    ReplyDelete

::Tabung Rumah::