::Tabung::

Monday, May 9, 2011

Jalan sorang-sorang kat Masjid India, Jln TAR dan Pasar seni.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya baru je balik dari KL. Jalan-jalan. Sekarang ni kan tengah cuti sem. So, syiokkkkkkk jugak la jalan sorang-sorang kat KL tuhhh! Tapi kan tapi kan bukan setakat jalan-jalan biasa je tau. Jalan-jalan ada makna la koranggggg.. Hehe

Kalau dh sampai KL tuhh, mestilah saya akan buat apa yang pari-pari para-para perempuan selalu buat kan??? Apa dia? cer teka cer teka?? Haha. Shoping la apa lagi kan?? Kali ni tak banyak pun beli barang. Tiga helai shawl, sehelai Blouse dan Tali pinggang baruuuuu.. Haha.

Meh meh meh. Nak kongsi sikit apa yang saya beli tadi. Korang tengok je la eh. hehe.


handbeg kat tepi-tepi tu bukan ye.. Takda kena-mengena pon dalam ini cerita..


Kalau nak shopping, saya memang suka sangat shopping kat KL. Sebab kat sana baju-baju sume murah gileeeee.. Lantak la takda brand sekalipun. Yang penting, bila kita pakai baju tu, rasa selesa je kan. Korang setuju tak?

Pastu, singgah kejap kat Mydin. Adalah beli barang sikit-sikit. Lepas keluar Mydin, terus pergi Pasar Seni jalan kaki. Kat Pasar seni pulak, just tengok-tengok je. Takda beli apa-apa pun. And then, saya balik rumah naik bas Rapid. Kehkehkeh. Naik bas tau koranggggg. Takda maknanya nak naik keta bagai. Saya bukan orang kaya pun. Hehe.



p/s: Ingat nak balik kampung la. Ermmmm...

5 comments:

::Tabung Rumah::