::Tabung::

Tuesday, August 31, 2010

Sesi Reunion Tahun 2010.

Assalammualaikum.

Semalam hari ahad. Anda tahu bukan?saya pun tahu. Tapi apa yang anda tak tahu ialah semalam Reunion SMK Puchong Utama (1) batch 2006. Bertempat di Patio @ 21 di Subang Jaya, majlis berbuka puasa telah diadakan sekali gus menemukan kembali rakan-rakan yang telah lama terpisah..cewahh~terpisah la sangat. Padahal hari-hari jumpa kat dalam facebook kot. HAHA.

Patio@21 menyediakan banyak juadah berbuka ok.Sedap-sedap pulak tu..Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri. Rendang daging dia the best bagi saya. Kat sini kami makan secara bufet.Untuk bulan ramadhan ni Patio @ 21 menyediakan hidangan dan harga istimewa untuk pelanggan mereka. Bagi orang dewasa macam kami-kami ni harganya adalah RM20/seorang dan kanak-kanak ialah RM10 sahaja.

Memandangkan umur kami semua baru/sudah/akan mencapai 21 tahun,jadi amat sesuai la restoran ni dengan kami kerana namanya pun ada angka 21 disitu.


Dalam perjalanan ke Patio@21. Abaikan si Driver yang terang-terangan melakukan kesalahan jalan raya iaitu bergayut semasa memandu.

Dua orang minah ni sedang sibuk memperagakan pakaian masing-masing sementara menunggu member lagi seorang yang lama gila bersiap.

Sebelum berbuka, masing-masing sibuk nak capture gambar kami..HAHA. Bajet glamour. Tapi memang glamour pun..HAHA. Tipu je.

Diantara makanan yang disediakan.Tengok tengok tengok. Macam-macam ada tau. Ada buah-buahan,murtabak,pulut panggang,kek span,bubur kacang. Banyak lagi la wey. Nak bagitahu pun tak larat woo..Ni baru makanan ringan-ringan. Yang berat-berat tak sempat nak capture sebab dah masuk perut.HAHA.
Masing-masing dah mature ok. Sorang-sorang pakai high heel,bawak handbag bagai. Kalau tengok dulu-dulu, sakai dan comot je. Tapi otak gila-gila korang still macam dulu, tak berubah langsung.

ni sebahagian je yang sudi gambarnya ditangkap. Lain-lain tu pemalu orang nya..HAHA. Dorang suma dok kat tepi je. Mungkin dah lama tak jumpa,masing-masing segan kot.HAHA.

lastly untuk tatapan anda semua, tuan punya blog.tengok la puas-puas. Saya tak mahu anda rindu kat saya..HAHA. Sekian.

babai~

6 comments:

  1. bestkan dpt kumpul reramai gini..

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok kueh tu. hehe . mesti best kan kumpul ramai kawan2. wuu. rindu kwn2 jugak. haaiilaa :)

    ReplyDelete
  3. wah...
    ak sndri pon ngh plan bkak pose 1 klas zaman skola mnengah dlu..
    agk mengah ah nk kumpulkn sekor2..hehe

    ReplyDelete
  4. wah...
    ak sndri pon ngh plan bkak pose 1 klas zaman skola mnengah dlu..
    agk mengah ah nk kumpulkn sekor2..hehe

    ReplyDelete

::Tabung Rumah::