::Tabung::

Sunday, August 15, 2010

Diriku Tidak Diperlukan Lagi.

Assalammualaikum.

Salam Satu Malaysia..ceh ceh ceh,tetibe plak kan..haha..
Pada awal bulan puasa ni,banyak dah dugaan yang aku terima..tapi aku redha..aku terima je..

Bermula pada hari isnin yang lepas (9-8-2010), aku ditugaskan untuk berpindah ke office yang baru..!aku tak kisah itu,yang aku kisah sangat ialah aku kena jaga office tu seorang diri..katanya,dia akan cari pekerja baru secepat mungkin,so untuk masa terdekat ni aku keseorangan di pejabat demi untuk menjaga keselamatan tempat tu..keselamatan aku macam mana??aku kena datang seawal 8.30 pagi untuk bukak pintu,padahal waktu pejabat kat tempat aku pukul 9 pagi..dan aku kene tutup pintu selewat 6.30 petang untuk kunci pintu padahal waktu balik pukul 6..(tapi bulan puasa ni bos bagi balik pukul 6 tepat)ok terima kasih untuk itu..walaupun kawankawan yang lain balik pukul 5.. huhu..

mungkin ada diantara korang akan cakap :-
--> ala, ok la tu dapat keje lebih masa untuk sejam..sekurang-kurangnya dapat gak duit lebih untuk hari raya ni..
--> benda kecik je tu..takde hal la..
--> best apa dok office sorang-sorang..bos tak nampak sama ada kita wat keje atau x..

itu kata korang ye..sekarang ni turn aku pulak nak kata :-

--> aku ni hanyalah student PRAKTIKAL je kat situ..ulang sekali lagi, student PRAKTIKAL..aku tak dapat gaji lebih masa tu..aku hanya dapat elaun beberapa ratus je untuk tampung hidup aku..cukup ke?
--> bagi aku ni adalah benda besar sebab bukan tugas aku untuk menjadi seorang kerani disitu kerana aku adalah seorang student kejuruteraan elektronik..apa aku nak tulis dalam report kalau hari-hari aku kena buat kerja sama yakni kerja kerani?apa aku nak cakap dgn lecturer,kalau dia tanya "apa yang awak belajar disini?"
--> aku takut dok sorang-sorang la siot..tempat tu macam seram je coz tempat baru lagi..still xramai orang kat situ..lagi satu,time hujan yang paling menakutkan, bunyi petir guruh tu semua buat aku kecut perut..lebih-lebih lagi time puasa ni..dah kecut makin kecut la perot aku ni..haha..

aku berharap sangat supaya cepat-cepat la dia cari pekerja baru..tak sabar rasanya untuk mendapat kawan baru..haha..bukan tu sebenarnya..ok, ni baru masalah kat tempat kerja..banyak lagi masalah aku kat tempat lain..haha..tipu je..aku paling tension kat tempat kerja la..

dan semalam, lepas aku turun dari bas ketika berjalan kaki beberapa tapak untuk balik rumah tetiba selipar yang aku pakai tu terputus pulak..adoi~ malu tak payah nak cakap la..kat situ ada la beberapa orang yang baru turun bas jugak..so,dengan muka yang buat-buat tak tahu malu, aku terus tanggal dua-dua selipar aku n berkaki ayam!!haha..apa lagi yang aku boleh buat?ada jugak la orang yang pandang2 kat aku wat muka tahan gelak ke pelik sebab aku jalan berkaki ayam..

erm,sabarlah dalam bulan-bulan puasa ni..tu baru dugaan sikit je..peniaga-peniaga kat jasin melaka tu lagi teruk dugaan yang dorang kena..kan kan kan??

p/s : tajuk entry tu macam takde kena mengena je dgn entry ni..haha..sebenarnya aku nak cakap,aku sorang-sorang kat office baru nampak macam dorang tak perlukan aku kat office lama tu..hehehe


k babai..

6 comments:

  1. sabar la ye..
    bulan pose mmg byk dugaan...

    ReplyDelete
  2. sabar jelah...dugaan bulan puasa..banyak pahala dapat kalau bersabar..:)

    ReplyDelete
  3. nasib badan..
    untung sabut, timbul..
    untung batu, tenggelam :)

    ReplyDelete
  4. Siannya, tapi nak buat cane..kena harungi juga dugaan tu..semoga cepat dpt officemate ye...


    p/s: mcm xpatut jek biar pompuan sorang2 jaga ofis.bahaya tuuu...

    ReplyDelete
  5. Sabar, sabar, sabar, sabar..
    Angguk2, geleng2..
    Huhu..
    Bln ramadhan ni byk dugaan..
    Nak uji kte je tu..

    ReplyDelete
  6. sabar ajalah ada kemudahan atas apa yang berlaku

    ReplyDelete

::Tabung Rumah::