Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Ok,pantun diatas tiada kene-mengena dengan entry. Kalau ikut tajuk ni,mesti korang fikir aku lambat masuk kerja kan. Salah salah salah. Salah sama sekali, malahan hari ni aku masuk office lebih awal daripada biasa. HAHA.
Tapi yang tak syoknya, pakaian aku hari ni tidak menepati etika sebagai seorang kerani apatah lagi sebagai seorang technician. Gara-gara bangun lambat ni la membuatkan aku pakai je apa yang nampak didepan mata tanpa berfikir lebih lama. Sebab kalau fikir lama-lama, makin lambat la jadinya.
Apa yang dipakai tiada la teruk mana. Masih kelihatan rupa aku sebagai seorang manusia normal. Warna-warni pakaian saja yang membuatkan aku terasa diriku sebagai seorang badut sarkas yang sedang membuat persembahan dikhalayak ramai. Keadaan ini menjadikan aku berasa lebih yakin untuk bertemu dengan orang-orang disekeliling aku. HAHA. Tipu je.
Lihat ini. Aku masih boleh tersenyum gembira dengan perwatakan aku sekarang. Dengan memakai baju t-shirt berwarna hijau gelap dibahagian dalam. Kemudian sweater biru. Seluar putih. Kasut pink. Beg merah. Tudung hitam. (baca laju-laju) Sungguh colourful hidup aku pada hari ini.
Menurut kawan aku pada waktu dahulu kala, warna maksimum yang boleh dipakai oleh seorang wanita dalam satu-satu masa adalah tiga warna sahaja. Ulang suara, TIGA warna sahaja. Lebih dari tiga warna, nescaya anda akan kelihatan pelik lagi aneh. Kesahihnya masih belum dapat dipastikan lagi. Apapun, terpulang pada hak masing-masing untuk berfesyen. Sekian saja dari saya. Babai!~
p/s : Aku pakai 5 warna. Mesti pelik lagi aneh kan.
aneh tu unik dear...xyah la terlalu stereotaip pakai 3 warna...kalerful pun ok ap..nmpak cam ceria jer..hehehe
ReplyDeleteyup betol tu..
ReplyDeleteklu ikot etika sangat nmpk macam nerd plak..
hehe..
huhuhu..itu y wat kite jd best:) sy lelaki y suke warni pink..best best:)
ReplyDeleteTak pelik pun.. ukiey je dear.. :)
ReplyDeleteBetul tu kena ada 3 kaler je....tapi kalau mix & match dgn betul akan nampak cantik & unik kan ;-)
ReplyDeletehuuu..selalunya org ckp mcm tu la..3 kale.. tp kalo diri sndri rasa sesuai dan oke dgn kale tu..oke je kann..heee
ReplyDeletepantun tu ajak intai...tak baik dosa tau
ReplyDeleteHAHA meriah betul ;)
ReplyDeletehehe..sgt2 colourful cam ari raya..hehe
ReplyDeletexpe penting happy :)
ReplyDeletehaha....macam meriah je warna-warna tu....tp ok gak kalau match dari tone yg hmpir sama
ReplyDeleteada x orang pandang2 awk muka kerot2?klu xda kire oklah tu hehehe
ReplyDeletecayalah.. sgt berani.. mcm nk try jgk la nnti..;p
ReplyDeleteini makcik nk pegi pasar
ReplyDeletekena pakai 3 warna jer?
ReplyDeletehuhuuh 1st time dgr..huhuh
heheh.. colorful pun ok pe, asalkan tone dia tak jauh beza. sekali sekala ber'eksperimen' dengan kaler, ok je kot.. hehe. tapi buat masa ni anna pun tak berani pakai kaler banyak gitu. :)
ReplyDeletesaya tak berani nak pakai colourful.. memang akan pakai 3 kaler je...
ReplyDelete