::Tabung::

Tuesday, August 31, 2010

Sesi Reunion Tahun 2010.

Assalammualaikum.

Semalam hari ahad. Anda tahu bukan?saya pun tahu. Tapi apa yang anda tak tahu ialah semalam Reunion SMK Puchong Utama (1) batch 2006. Bertempat di Patio @ 21 di Subang Jaya, majlis berbuka puasa telah diadakan sekali gus menemukan kembali rakan-rakan yang telah lama terpisah..cewahh~terpisah la sangat. Padahal hari-hari jumpa kat dalam facebook kot. HAHA.

Patio@21 menyediakan banyak juadah berbuka ok.Sedap-sedap pulak tu..Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri. Rendang daging dia the best bagi saya. Kat sini kami makan secara bufet.Untuk bulan ramadhan ni Patio @ 21 menyediakan hidangan dan harga istimewa untuk pelanggan mereka. Bagi orang dewasa macam kami-kami ni harganya adalah RM20/seorang dan kanak-kanak ialah RM10 sahaja.

Memandangkan umur kami semua baru/sudah/akan mencapai 21 tahun,jadi amat sesuai la restoran ni dengan kami kerana namanya pun ada angka 21 disitu.


Dalam perjalanan ke Patio@21. Abaikan si Driver yang terang-terangan melakukan kesalahan jalan raya iaitu bergayut semasa memandu.

Dua orang minah ni sedang sibuk memperagakan pakaian masing-masing sementara menunggu member lagi seorang yang lama gila bersiap.

Sebelum berbuka, masing-masing sibuk nak capture gambar kami..HAHA. Bajet glamour. Tapi memang glamour pun..HAHA. Tipu je.

Diantara makanan yang disediakan.Tengok tengok tengok. Macam-macam ada tau. Ada buah-buahan,murtabak,pulut panggang,kek span,bubur kacang. Banyak lagi la wey. Nak bagitahu pun tak larat woo..Ni baru makanan ringan-ringan. Yang berat-berat tak sempat nak capture sebab dah masuk perut.HAHA.
Masing-masing dah mature ok. Sorang-sorang pakai high heel,bawak handbag bagai. Kalau tengok dulu-dulu, sakai dan comot je. Tapi otak gila-gila korang still macam dulu, tak berubah langsung.

ni sebahagian je yang sudi gambarnya ditangkap. Lain-lain tu pemalu orang nya..HAHA. Dorang suma dok kat tepi je. Mungkin dah lama tak jumpa,masing-masing segan kot.HAHA.

lastly untuk tatapan anda semua, tuan punya blog.tengok la puas-puas. Saya tak mahu anda rindu kat saya..HAHA. Sekian.

babai~

Friday, August 20, 2010

Gara-gara terlewat bangun.

Assalammualaikum.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Ok,pantun diatas tiada kene-mengena dengan entry. Kalau ikut tajuk ni,mesti korang fikir aku lambat masuk kerja kan. Salah salah salah. Salah sama sekali, malahan hari ni aku masuk office lebih awal daripada biasa. HAHA.

Tapi yang tak syoknya, pakaian aku hari ni tidak menepati etika sebagai seorang kerani apatah lagi sebagai seorang technician. Gara-gara bangun lambat ni la membuatkan aku pakai je apa yang nampak didepan mata tanpa berfikir lebih lama. Sebab kalau fikir lama-lama, makin lambat la jadinya.

Apa yang dipakai tiada la teruk mana. Masih kelihatan rupa aku sebagai seorang manusia normal. Warna-warni pakaian saja yang membuatkan aku terasa diriku sebagai seorang badut sarkas yang sedang membuat persembahan dikhalayak ramai. Keadaan ini menjadikan aku berasa lebih yakin untuk bertemu dengan orang-orang disekeliling aku. HAHA.  Tipu je.




Lihat ini. Aku masih boleh tersenyum gembira dengan perwatakan aku sekarang. Dengan memakai baju t-shirt berwarna hijau gelap dibahagian dalam. Kemudian sweater biru. Seluar putih. Kasut pink. Beg merah. Tudung hitam. (baca laju-laju) Sungguh colourful hidup aku pada hari ini.      

Menurut kawan aku pada waktu dahulu kala, warna maksimum yang boleh dipakai oleh seorang wanita dalam satu-satu masa adalah tiga warna sahaja. Ulang suara, TIGA warna sahaja. Lebih dari tiga warna, nescaya anda akan kelihatan pelik lagi aneh. Kesahihnya masih belum dapat dipastikan lagi. Apapun, terpulang pada hak masing-masing untuk berfesyen.  Sekian saja dari saya. Babai!~

p/s : Aku pakai 5 warna. Mesti pelik lagi aneh kan.                       

Thursday, August 19, 2010

Kucing Pun Pandai Menari Laa.

Assalammualaikum.

Kucing pun tahu menari okey. Tak percaya jom tengok video ni.






Comel gila la kitten ni. Geram je tengok. Kalau dapat ni memang lunyai i kerjakan.. HAHA. Tipu je.

k babai~

JJC : AISUMI STYLE

Assalamualaikum semua!

Hari ini saya nak bercerita tentang Aisumi Style . Tapi sebelum tu saya nak bagi tahu yang ini adalah contest. ok. Aisumi Style merupakan sebuah blogshop yang menjual pakaian untuk lelaki dan wanita. Ada juga barangan-barangan lain seperti accessories, barangan kesihatan, kain pasang, kasut dan banyak lagi. Kira ni pakej lengkap la. Semuanya ada dalam satu kedai.

Contest ni senang je, just follow blog Aisumi , buat entry, letak 1 gambar yang berkenan dihati lepas tu terangkan kenapa anda minat dengan gambar tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ke blog Aisumi ye.. Dan saya telah memilih gambar ini :-



tahu tak, gila cute kot dress ni. Saya pilih gambar ni sebab dress dalam gambar ni warna pink. hee~ warna pink tu kan kesukaan wanita. Lagi satu, dress ni ada renda dibahagian bawah dan lengan baju. Kombinasi warna pink dan hitam ni ada nampak ala-ala gothic sikit. HEHE. Diserlahkan lagi dengan reben yang terletak di bahagian pinggang dimana boleh menyerlahkan lagi ke-cute-an pada sesiapa yang memakainya.. HEHE. Harganya pun murah je untuk dress yang sebegini cute. kalau tak percaya pergilah usha blog si Aisumi.

Saya tahu contest ni dari ANNA. Beliau invite saya masa tengah berblogwalking semalam.. thanks ya Anna.. :)

k babai~

Tuesday, August 17, 2010

Hari ni adalah puasa ketujuh.

Assalamualaikum.
Menu apa yang anda makan untuk berbuka hari ni?sedap kah?oh,sudah semestinya jawapan anda sedap kan.itu saya tahu sebab masing-masing tengah lapar.makan benda tak sedap pun boleh jadi sedap.kan?

Jadi hari ni saya nak bercakap tentang makan. Anda dengar tak saya bercakap. Tak dengar kan?ok takpe,abaikan. Saya berbuka di kedai hari ni. Kedai tu diberi nama RESTORAN BASER. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok blog mereka. Saya tahu tentang restoran ni pun melalui blog berkenaan.hee~

Restoran ni pernah masuk tv wa ckp lu. Haha. Restoran ni jadi salah satu destinasi untuk Jalan-jalan Cari Makan. tak percaya? nak bukti ke?

hah!tengok. Saya tak tipu kan. Harga makanan pun berpatutan tau. Korang boleh usha blog dorang kalau nak tahu lebih lanjut.
Ok setakat itu je untuk malam ni. Esok kita jumpa lagi.

k babai~

NUFFNANG, Apa Salah Aku?


Assalammualaikum W.B.T kepada semua umat islam di seluruh dunia. Kau ingat satu dunia ke yang baca blog kau yang tak seberapa ni??hah!!
dan salam sejahtera kepada yang bukan Islam.

hari ni saya nak bercerita pasal saya punya nuffnang..saya punya ye bukan awak punya..
saya ada soalan sikit nak tanya kat otai2 diluar sana..
harap korang sudi menjawab ye..
tunjuk ajar ku sifu!

macam ni,saya dah BW hari-hari..dah post entry (seminggu sekali)hehe..
dah tinggal jejak, komen entry blogger lain..
senang cite,semua la saya dah buat..
tapi saya still tak pernah dapat B.E..tak pernah merasa pun beb..
apa yang saya kena buat lagi ni..
kadang-kadang,tengok orang lain dapat B.E cam best je..bahagia je muka masing-masing kan..
saya pun nak juga,nak juga merasa kebahagian yang korang rasa tu..
bulan-bulan puasa ni,nak juga merasa rezeki lebih..raya nanti leh bagi adik-adik duit raya..hohoho..
tapi macam mana ye??

tolong la aku wahai blogger2 tegar diluar sana..
please!
please!
please!

kerjasama anda amat saya hargai..

k babai~

Monday, August 16, 2010

Untuk Yang Kesekian Kalinya.

Assalamualaikum.
untuk yang kesekian kalinya,aku dapat award lagi..hehe..
tapi award kali ni lain sikit..
award ni datangnye special dari kawan aku..
nama dia RAFHAN..
 

terima kasih bebanyak ye..


"energetic blogger"
layak ke aku diberi penghargaan sebegini?
ape-ape pun aku berterima kasih kepada pemberi award ni..
lain kali boleh bagi award lagi..
haha..

k babai~

Sunday, August 15, 2010

Diriku Tidak Diperlukan Lagi.

Assalammualaikum.

Salam Satu Malaysia..ceh ceh ceh,tetibe plak kan..haha..
Pada awal bulan puasa ni,banyak dah dugaan yang aku terima..tapi aku redha..aku terima je..

Bermula pada hari isnin yang lepas (9-8-2010), aku ditugaskan untuk berpindah ke office yang baru..!aku tak kisah itu,yang aku kisah sangat ialah aku kena jaga office tu seorang diri..katanya,dia akan cari pekerja baru secepat mungkin,so untuk masa terdekat ni aku keseorangan di pejabat demi untuk menjaga keselamatan tempat tu..keselamatan aku macam mana??aku kena datang seawal 8.30 pagi untuk bukak pintu,padahal waktu pejabat kat tempat aku pukul 9 pagi..dan aku kene tutup pintu selewat 6.30 petang untuk kunci pintu padahal waktu balik pukul 6..(tapi bulan puasa ni bos bagi balik pukul 6 tepat)ok terima kasih untuk itu..walaupun kawankawan yang lain balik pukul 5.. huhu..

mungkin ada diantara korang akan cakap :-
--> ala, ok la tu dapat keje lebih masa untuk sejam..sekurang-kurangnya dapat gak duit lebih untuk hari raya ni..
--> benda kecik je tu..takde hal la..
--> best apa dok office sorang-sorang..bos tak nampak sama ada kita wat keje atau x..

itu kata korang ye..sekarang ni turn aku pulak nak kata :-

--> aku ni hanyalah student PRAKTIKAL je kat situ..ulang sekali lagi, student PRAKTIKAL..aku tak dapat gaji lebih masa tu..aku hanya dapat elaun beberapa ratus je untuk tampung hidup aku..cukup ke?
--> bagi aku ni adalah benda besar sebab bukan tugas aku untuk menjadi seorang kerani disitu kerana aku adalah seorang student kejuruteraan elektronik..apa aku nak tulis dalam report kalau hari-hari aku kena buat kerja sama yakni kerja kerani?apa aku nak cakap dgn lecturer,kalau dia tanya "apa yang awak belajar disini?"
--> aku takut dok sorang-sorang la siot..tempat tu macam seram je coz tempat baru lagi..still xramai orang kat situ..lagi satu,time hujan yang paling menakutkan, bunyi petir guruh tu semua buat aku kecut perut..lebih-lebih lagi time puasa ni..dah kecut makin kecut la perot aku ni..haha..

aku berharap sangat supaya cepat-cepat la dia cari pekerja baru..tak sabar rasanya untuk mendapat kawan baru..haha..bukan tu sebenarnya..ok, ni baru masalah kat tempat kerja..banyak lagi masalah aku kat tempat lain..haha..tipu je..aku paling tension kat tempat kerja la..

dan semalam, lepas aku turun dari bas ketika berjalan kaki beberapa tapak untuk balik rumah tetiba selipar yang aku pakai tu terputus pulak..adoi~ malu tak payah nak cakap la..kat situ ada la beberapa orang yang baru turun bas jugak..so,dengan muka yang buat-buat tak tahu malu, aku terus tanggal dua-dua selipar aku n berkaki ayam!!haha..apa lagi yang aku boleh buat?ada jugak la orang yang pandang2 kat aku wat muka tahan gelak ke pelik sebab aku jalan berkaki ayam..

erm,sabarlah dalam bulan-bulan puasa ni..tu baru dugaan sikit je..peniaga-peniaga kat jasin melaka tu lagi teruk dugaan yang dorang kena..kan kan kan??

p/s : tajuk entry tu macam takde kena mengena je dgn entry ni..haha..sebenarnya aku nak cakap,aku sorang-sorang kat office baru nampak macam dorang tak perlukan aku kat office lama tu..hehehe


k babai..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan.

Salam semua..




salam ramadhan kepada semua umat islam di dunia..
jadikan ramadhan ni,ramadhan yang lebih baik dari yang lepas-lepas tu..
dan jangan lupa niat puasa..

Lafaz Niat Puasa Sebulan



sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala


Lafaz Niat Puasa



 

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

Doa Berbuka Puasa


 


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin



k babai..

Sunday, August 8, 2010

Aku yang cute.

tajuk entry tak boleh blah.. lepas ni comfirm kena cop blogger perasan..haha..

Assalammualaikum..

beradanya aku disini adalah kerana menyahut panggilan si Watie yang telah memberi ku tag untuk dijawab dengan jayanya..terima kasih kepada kamu kerana sudi memberi ini award kepada aku..aku sangat menghargainya..kenapa aku menghargainya??kerana aku ditabalkan sebagai blogger yang kiut..hahaha..kembang semuanya..



1- Apa nama blog dan kenapa letak nama tu?

blog saya ----> FADXIEZA
nama ni sangat special bagi aku sebab ni adalah gabungan nama aku dan ehem2 ku..identiti sebenar perlu dirahsiakan kerana ingin menjaga popularitinya daripada jatuh merundum..jangan salah faham,dia bukan la artis dia hanyalah seorang manusia biasa sahaja..

2- Jelaskan kenapa dan bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama URL blog anda.

firstly,nama ni simple je..secondly,senang nak ingat..thirdly,aku suka..fourthly,dia suka walaupun dia tak penah tahu aku ada blog..fifthly,ok dah cukup!!tak perlu banyak2..

3- Bila blog anda mula beroperasi?

october 2009..itu yang tertulis pada profile aku..

4- Siapa follower pertama anda?
nak tahu ke?orang yang pertama follow aku adalah aku..haha..

5- Ucapan kepada si pemberi award.

eh,kat atas tadi kan dah ucap terima kasih..kena ucap lagi sekali ke??haha..ok2..tq2..xiexie..nandri..arigato..syukran..pe lagi eh..dah2 cukup la tu..cukup kan watie..kan3??
*ni dia tuan bagi award*


6- Tag 9 orang yang patut terima award ni.

ramainya ai..aku cadangkan korang tag je diri sendiri..ni la jadinya bila kemalasan melanda diri..huh~

k babai~

Wednesday, August 4, 2010

whoa!

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..nothing to say..just nak bagi tahu yang aku sangat sangat sibuk lately ni..actually,banyak benda nak cerita tapi tak ada masa..huhu..kalau korang perasan,aku akan post entry seminggu sekali je sekarang ni..iaitu hari ahad..sebab tu je masa yang aku free..haha..:)

so,ahad ni tunggu entry basi aku..haha..aku nak cerita pasal tempat praktikal aku yang sangat sangat tak best..aku nak cerita pasal tag yang aku dapat baru baru ni..aku nak cerita pasal kawan-kawan aku, bos aku, budak yang jual nasi lemak dekat bustop tu..n semua orang yang ada kat sekeliling aku ni..

aku nak tulis panjang-panjang, aku nak tulis banyak-banyak, aku nak tulis puas-puas, aku nak luahkan semuanya..dan aku akan paksa korang baca entry aku..hahaha..korang baca eh..kesian kat aku..huhu..ok2,cukup untuk hari ni..aku kene buat report yang tak pernah-pernah siap tu..haha..




babai~

p/s : ye2 je aku nak tulis banyak2..haha

::Tabung Rumah::