::Tabung::

Friday, December 18, 2015

Rumah baru. Hidup baru. Dunia baru.

Assalammualaikum semua! Tak jawab dosa. Hekhekhek

Alhamdulillah penantian yang lama akhirnya berakhir jua. cewahhh. Actually start proses beli rumah ni dari bulan May lagi. Sekarang ni dah bulan Disember baru settle semua proses. Tarikh 16/12/2015 secara rasminya rumah itu milik kami. yeayyyy~

So bila dah dapat kunci ptg tu, terus kami pergi tengok rumah. Gigih tau balik2 kerja pegi ambil kunci kat lawyer then terus pergi rumah baru. haha. Actually bukan rumah baru pun. Beli rumah second je. Lepas tengok rumah,terus kami cari kontraktor untuk renovate rumah kecil kami tu. Malam tu jugak heret kontraktor untuk tgk rumah, ukur n bagi quotation. haha. nampak tak gelojoh kat situ?

Dapat contact number kontraktor dari ayah sbb dulu dia pun buat rumah dgn kontraktor ni. Kontraktor Indonesia je, xde company pun tapi pandai buat kerja2 renovate rumah ni. So mmg tak cari kontraktor lain dah. Lepas dia bg quotation terus setuju dgn harga dia bagi tu. Nanti i bagitahu kos semua kat bawah ye. Sementara tu meh tengok dulu gambar rumah kecil kami.

*Apartment 3 bilik 2 bilik air 700sqft*

*Walkway dari pintu masuk ke ruang tamu*

*Master bedroom*

*Dapur yang sangat la kecik cinonet*


Atas ni floor plan untuk rumah kami,kalau tengok kat bahagian kitchen tu sebelah dia ada W/A kan. W/A tu tempat sidai baju sebenarnya. Memandangkan dapur ni tersangat la kecik jadi kami decide untuk pecahkan dinding dapur tu bagi besar sikit dapur. Jadi takda la tempat untuk sidai baju. hihi. Sidai kat luar rumah je la gamaknya. Nasib rumah bawah sekali. ;) Then kat bahagian balcony pun kami kasi pecah jugak. Extend sampai bedroom 2 dan kedepan sikit dlm 2 kaki gitu. Paham tak? hihi

Ok lah kita buat summary bagi paham lagi. Kerja-kerja yang bakal dilakukan adalah seperti dibawah:

1)Pecah dinding dapur : 1x
2)Tambah pipe untuk mesin basuh dekat dapur : 1x
3)Buat table top (termasuk sinki baru n kepala paip) : 7ft
4)Pasang sliding window kat dapur : 1x
5)Pasang tiles kat dapur : 3ft x 6.5ft
6)Tambah plug point : 7x
7)Pasang kipas (kipas beli sendiri) : 2x
8)Tukar pintu Bath 1 (pintu dah ada) : 1x
9)Tukar pintu Bedroom 2 (kontraktor carikan pintu baru) : 1x

Total : RM4800

10)Buang grill sedia ada kat balcony : 1x
11)Extend balcony (naik batu bata separuh + grill keliling balcony + awning) : 2ft ke depan x 8ft ke kanan

Total : RM5000

So, total semua di atas RM9800. Tak tahu nak kata murah ke mahal sbb tak pernah renovate rumah. Tapi banyak baca kat blog kawan2,ramai yang renovate harga cecah puluh ribu. huhu T_T

*ni floor plan bila dah pecah dapur n extend balcony(yang color merah tu table top 7ft n tempat letak peti ais n mesin basuh)*

So harap-harap membantu la entry kali ni untuk kawan2 yang nak renovate rumah tu. k bye~



6 comments:

  1. Hello!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Boleh bg contact number kontraktor?.. Nk renovate rumah kecil area shah alam

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dah ada rumah sendirikan...

    Psssttt... betul ke tarikh entry ni?

    Nape dah lama tak update?

    ReplyDelete
  4. tahniah dpt rumh bru dh

    Blogwalking Wednesday

    ReplyDelete
  5. Nice infonya. :D hehe. blum ada rumah lg. ngee. insyaAllah akan dtg. ^^

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. tahniah dapat rumah baru... sangat inspirasi orang muda beli rumah time usia muda begini. :)

    ReplyDelete

::Tabung Rumah::