Akhirnya.
Setelah sekian lama menyepi dari berblog,hari ni daku muncul kembali. hehe
Ada yang rindu ke? eh! mestilah takda kannn.
Sejak 2 menjak ni memang busy sikit la. Kadang2 nak berak pun tak sempat. eh!
Bukan apa,banyak perkara nak kena pikir. Hal keluarga, hal kerja, hal rumah lagi. erm
Sekarang ni dah ada baby uols lagi lah busy,nak update blog mmg tolak ketepi dulu laaa.
Last update hari tu pasal im pregnant kan. hah sekarang ni baby i dah nak masuk setahun dah. huhu
Lahir pada 24/11/2014 jam 10 malam. Nama diberi Firzanah Auni. Maksud dia, yang bijak pandai & lemah lembut. Auni macam tak sabar nak tengok dunia sbb dia keluar sebulan awal dari due date yang doktor bagi.
Masa lahir hari tu berat dia 2.4kg je. Kecik sangat. Tapi sekarang dah besar, mahu 10kg berat dia. Nak dukung pun dah tak larat nakkk.
^ Fresh dari perut ibu^
^Seminggu lepas tu ibu botakkan kepala kita^
^Auni kena tahan wad sebab Jaundice tinggi sangat^
Masa Auni dalam wad,hari-hari kena amik darah kat tangan. Seminggu jugak duk dalam wad tu. Tak cukup tangan kanan,tangan kiri pulak jadi mangsa. Sampai sekarang ada lagi parut-parut kena cucuk kat tangan Auni. Kesian sangat.
Lepas keluar wad, Auni kena buat check up plak. Mula-mula 2 minggu sekali pastu sebulan sekali plak.
Bayangkan jela dalam pantang dah kena kehulu-hilir dari rumah ke hospital. Nak jalan pun susah.
Alhamdulillah sekarang Auni dah sihat sepenuhnya. Tak payah check up kat hospital lagi dah. Yeayyy
Auni dah masuk 10 bulan sekarang ni. Dia dah pandai merangkak tapi gigi tak tumbuh lagi. erm Sepupu2 dia yang sebaya semua dah ada gigi. Orang kata,baby lambat tumbuh gigi biasanya akan cepat jalan. Tapi tak tahu la betul ke tidakkkk. Just wait and see. Apa-apa pun Auni sihat walafiat dah cukup membahagiakan ibu and ayah.
^Masa ni Auni 3 bulan lebih. Dah bambam dah dia^
^Baju dah sempit^
^Saya dah 6bulan masa ni^
Harapan ibu semoga Auni dapat jadi anak yang solehah dan mendengar kata orang tua.
Hormat orang tua.
Jadi manusia yang berguna.
Dan menjadi seorang 'Firzanah Auni'
Aminn.
Yay.. ade bju dri acit intn.. ngeh3... membesar dgn sihat ye auni.. hehe
ReplyDeleteHi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
ReplyDeletecomel baby :)
ReplyDelete