Saya memang jarang update blog ni. Dan sekarang adalah masanya untuk saya update. Jadi baca apa yang saya bakal tulis. Mesti korang suka sebab saya nak cerita pasal kahwin. Korang kan memang suka bab kahwin-kahwin ni. haha. Saya pon suka. kahkahkah. Jadi, mari mulakan.
Untuk tahun ni je ada 2 orang kawan rapat saya yang mendirikan rumah tangga. Umur mereka sebaya dengan saya iaitu 23 tahun. Tapi ramai je kawan2 yang tak berapa nak rapat selamat kahwin jugak. Yang dah beranak-pinak pon ada tawww. Bilalah giliran tuan tanah pulak kan?haha. Lambat lagi rasanya. Ekonomi tak berapa nak stabil sekarang ni. Nak kahwin bukannya senang sekarang ni. Bak kata orang tua saya, kalau takda 10k dlm tangan,jangan harap boleh kahwin. Lagi-lagi pasangan tu nak buat majlis kat kawasan bandar. Terasa nak buat akad nikah je tapi apa pulak kata orang keliling kan?
Erm, jadi sebelum saya melalut ntah apa-apa kat blog ni, elok la kiranya saya mulakan cerita kahwin kawan saya ni. Pengantin ni jiran saya je. Kami tinggal satu taman tapi memang payah sangat nak jumpa sebab masing-masing sibuk kerja.
Ni adalah gambar sebelum nikah. Gambar terakhir sebelum pengantin sah jadi isteri orang. Lepas ni kena panggil puan la plak kan? Pengantin cantik sangat ok. Meh kita tengok lagi gambar2 yang lain.
Yeay~ selamat dah jadi suami isteri. Semoga Zira menjadi seorang isteri yang solehah dan taat pada suami ye. :) Amin!
Ni pulak gambar yang diambil ketika majlis kenduri belah perempuan. Gorgeous sangat pengantin time ni. Baju dia memang cantik sangat tau. Geram tengok. hakhakhak.
Pengantin lelaki nampak macam nervous sikit. hehe. Malu la tuww.
Ada satu lagi kawan saya yang dah kahwin iaitu pada bulan 4 hari tu. Tarikh betul tak ingat pulak. hahaha. Member yang ni memang rapat sangat. Kalau keluar tiap2 minggu,mesti dengan dia ni. Tapi lepas dia dah kahwin, tak boleh la selalu keluar sama-sama lagi. huhu. Sedih kot!
Owh kelihatan seperti kawan-kawan pengantin yang terlebih exited. haha. Memang pon!
Ibu pengantin perempuan dan lelaki pun tersengih je. hehe. comel pulak tengok diorang macam tu.
Aqilah,kau nampak gemuk la. haha. :p
Gambar ni masa majlis resepsi. Dia nampak bahagia sangat kan? Satu yang aku nak cakap kat kau. 'Kalau kau bahagia, kitorang pun bahagia jugak' :)
Sempat lagi kitorang main suap-suap. Walaupun time ni suami dia ada kat sebelah. haha.
Kerusi yang sepatutnya untuk 2 orang dapat diduduki seramai 5 orang. haha. Nak jugak duduk sempit semata-mata nak tangkap gambar berlima. haha. Koranglah kawan aku dunia akhirat wey.
Kawan-kawanku, lepas korang dah jadi bini orang ni jagalah tingkah laku ye. Jaga nama baik suami. Jaga perut suami. Jaga-jaga. Jadi bini yang taat dengan suami ok. Kalau dia tak bagi keluar dengan kitorang, janganlah keluar. Lepas ni kitorang dah tak penting lagi dah sebab yang lebih penting adalah suami kau. Bukan kitorang.
Hadis dari Aisyah yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).
Bye!
dua dua penanten gorgeous amat
ReplyDeletecantik kawan awak :)
ReplyDeletecantiknya pengantin
ReplyDeletesama cantik sama padan.tahniah untuk mereka.
ReplyDeletebagai pinang dibelah 2..
ReplyDeletecantik pengantin2 tue...
semoga berkekalan di dunia & akhirat..
suke giler bju color navy blue tu.. oh tidak..;)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteYang baju biru tu..memang lawa lah bajunya.. ^_^
Orangnya pun lawa.. hehehehe