Seminggu yang lalu, saya bersama keluarga tersayang bercuti bersama-sama di Pulau Langkawi. Kami pergi selama 3 hari 2 malam. Bertolak seawal jam 4 pagi dan kami sampai pada pukul 9 pagi di airport Pulau Langkawi. Fly kami yang delay selama lebih kurang sejam tidak mematahkan semangat kami untuk berada di Langkawi. Cewaaahh! Sampai2 kat sana je kami terus cari kedai makan dan makan nasi terus walaupun time tu baru pukul 10 lebih. Lapo sangat sebab fly delay tadi. Huhu.And then, lepas makan, kami check in hotel dan rehat kejap. Dalam pukul 2 petang baru kami bergerak ke Tasik Dayang Bunting. Hah, kejap2. Cekidout gambar kat bawah ni dulu ye.
Saya bersama Si comel ni kat airport Langkawi. :)
This is my lil sis. Amirah :)
Masa ni kami dalam perjalanan nak pergi Dayang Bunting. Dalam bot.
This is Dayang Bunting. :)
Lagi si kecil yang comel.. Jalan macam orang besar :)
Mak-mak sedara. and My Mum.
hah, cuba teka kami kat mana?hehe..
:)
Masing-masing muka bahagia kan..hehe
Selain dayang bunting,banyak lagi tempat yang kami pergi. Salah satunya,semestinya tempat wajib iaitu Pekan Kuah. Kat sini la kami beli segala macam jenis coklat dan cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara-mara yang tak dapat join. Pastu kami pergi Underwater World. gambar yang berlatar belakang salji tu kat underwater la tu. hehe. Bukan setakat tu je,kami juga pergi Dataran Langkawi. Orang kata,tak sah la klu pergi Langkawi tapi tak jejak kaki kat Dataran ni kan?
Oh ye,kami juga singgah sekajap kat Makam Mahsuri dan tempat Kapal Layar Datuk Azhar Mansur disimpan. kat mana ntah tempatnya, tak ingat la pulak. Huhu. Sebelum kami ke Makam Mahsuri, kami beramai-ramai naik kereta kabel. Memang cantik pemandangan dari atas puncak bukit tu. Lebih-lebih lagi kat Jambatan yang kat atas bukit tu. Gayat dan menyeramkan.
Dalam kereta kabel.
Ada banyak lagi gambar sebenarnya, tapi gambar-gambar tu sume ada kat my adik. And sekarang ni dia ada kat Johor. Huhu. Lupa pulak nak suruh dia tinggalkan gambar-gambar tu semua kat dalam pendrive saya. Tapi takpe la,ni pon dah cukup kot. :)
cukup sampai disini. :) bye~
No comments:
Post a Comment