Assalammualaikum.
Fuhhhh~
Akhirnya ada jugak masa dan kesempatan untuk saya update blog ni. Dah lama sangat tak update blog ni sebenarnya, almost 2 month rasenya. Almaklum la, sekarang ni saya dah semester akhir,jadi masa untuk blogwalking and update tu kurang sikit. Kene lebih tumpukan pada pelajaran. Hehe. Tumpula sangat kan~ hehe.
Gambo malam raya ni.
Ok ok. Rasanya lom terlambat lagi kalau saya nak ucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA’ pada semua umat islam. Semoga raya pada tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelum2 nya. Tahun ni saya terpaksa korbankan cuti raya korban semata-mata untuk final exam yang akan datang ni. Tak lama je lagi, jadi kene korban masa tu untuk study la kirenya. Walaupun tak berapa nak study sangat pon. Hehe. Dalam waktu2 genting ni pon, mood study tu tak datang lagi. Tak tahu la apa nak jadi. Huhu. Kalau study tu rasanya sekejap je pon tapi bila take five punyala lama. Kadang-kadang lebih dari 5 minit. Bukan kadang-kadang tapi selalu. Selalu ok!
Erm, harap-harap exam kali ni dapat la lulus semua subjek dan kalau boleh biarlah cemerlang. Hehe. Yang penting kita kena berusaha la dulu. Ye tak? Mana boleh main mintak2 macam tu je. Memang tak dapat la kan. Lepas dah usaha tu,barulah doa dan tawakal. Penting tu!
Berbalik pada tajuk, dalam minggu yang lepas kami adik beradik yang berenam tu keluar jalan-jalan kat Alamanda. Hah,tahu kami buat apa? Hehe. Kami tengok wayang dan makan-makan je. Yang penting dua-dua aktiviti ni ada orang payung. Haha. Maklumlah, kakak n abang dah keje jadi boleh la dorang payung adik-adik dorang yang tengah belajar ni. Bila lagi kan. Hehe. Time cuti-cuti camni la baru dapat merasa makan free. Kalau nak harapkan hari lain,memang tak dapat la sebab adik-adik semua belajar jauh-jauh. Ada yang dok asrama. Kakak pon keje kat Melaka.
Layan je la gambar-gambar kami ni ye.
Dari kiri: kakak,adik,adik dan adik. Hehe.
Masa ni tengah tunggu nak tengok wayang.
Makan-makan at Kenny Rogers Roaster. J
Lepas makan,kami terus balik rumah. Takda singgah mana-mana dah. Kalau nak tahu, kitorang keluar masa hari raya pertama. Hehe. Ok la sampai disini saja entry kali ni. babai semua. cau cin cau~
No comments:
Post a Comment