::Tabung::

Saturday, December 31, 2011

End Year Mega Giveaway

Assalammualaikum.


Hari ni terasa nak join Giveaway. Dah lama sangat tak join giveaway ni tau. So sempena cuti tahun baru ni, saya meluangkan sikit masa untuk join giveaway. Hehe. Ok siapa-siapa nak join pon boleh ye. Silalah klik banner yang ada kat bawah ni.





Kat bawah ni pulak adalah senarai hadiah yang akan diberikan jika anda menang. Hadiah yang diberikan best best semuanya. Rugi kalau tak join. :)


  1. 2X contact lense and case bagi SEPULUH pemenang dari >SINI<
  2. 5X baucer RM 15 , 5X baucer RM10 , 5X baucer RM5 dari >SINI<
  3. 3 hermes purse  dari >SINI<
  4.  NABILA MARS beliau sponsor 5X header
  5.  MALIIHAH MADZELAN beliau sponsor 1X header
  6. AINA HANANI header glitters 2X dan edit classic template 1X
  7. Dan Anys sponsor tiga doodles :)

Sekian. :)

Friday, December 30, 2011

Selamat tahun baru 2012

Assalammualaikum!

Saya yang sedang serabut kepala dan tension tahap gaban, dengan ini ingin mengucapkan 

"Selamat menyambut tahun baru 2012"

Semoga apa yang anda idamkan pada tahun ini telah pon menjadi kenyataan. 
Diharap juga, azam yang bakal dibina pada tahun hadapan dapat dilunaskan dengan jayanya.



Sekian saja. 
Bye! 

Monday, December 26, 2011

Selamat Ulang Tahun Amila!

Assalammualaikum!

Hai hai hai. Apa khabar kawan kawan? sihat ka? takda sihat ka? Kalau sihat bagus lahhhh. Dan pada yang tak sihat tu,bawak bawak la makan ubat ye. Maklum la,sekarang ni cuaca tak menentu. Kejap panas. Kejap hujan. Mesti ramai yang boleh jatuh sakit kan? Ok ok. Hari ni saya nak cerita sikit pasal kawan saya ni. Nama dia, Amila. Hari ni birthday dia. Jadi saya dengan dua orang lagi kawan saya, buat suprise dekat Amila. Sepatutnya ada lagi sorang member ni follow sekali tapi dia tak dapat join sebab tak sihat.

Cekidut~

ni la Amila. Single lagi ni. Hehe. :p


Ok. Kami buat suprise ni dekat Taman Tasik Cyberjaya. Mila memang terkejut sangat bila kitorang buat suprise untuk dia. Hehe. Lepas makan kek dan Makaroni goreng cheese lebih, kami gerak pergi Summit pulak. Hehe. Kat Summit, kami berkaroeke, main boling dan main game yang kat Pusat Hiburan Keluarga tu. Hehe. Puas! Memang puas sangat keluar kali ni. Selain menghabiskan duit, saya dapat release tension sikit. Tapi sikit jela sebab banyak keluar duit. Hehe.




 Karoeke :)

Makan 2nd time :)

 Bowling :)


 Main game :)

Makan 3rd time :)
Pesanan khas untuk Amila, Aku tahu kau tak baca pun blog aku ni tapi manalah tahu satu hari nanti kau TERjumpa dan TERbaca blog aku ni kan. Mesti kau touching habis sebab aku buat entry ni khas untuk kau. Hehe. Ok. Aku doakan semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aku gak harap semoga kau kahwin dulu drpd aku. Hehe. Mudah-mudahan bila dah kahwin nanti, rezeki kau melimpah ruah, masa tu boleh la share dengan aku sikit. Hehe. Aku harap juga, biarlah kita bersahabat hingga hujung nyawa. Ikhlas dari hati aku, kawan macam kau susah nak cari babe! Muahhhhh3x 


Selamat hari lahir Mila :)


p/s: sekarang ni tengah bertungkus lumus cari kerja. Maklumlah baru habis belajar. Result pon dah dapat. Jadi takda alasan untuk duduk kat rumah sambil goyang-goyang gua punya kaki. Nanti tak pasal-pasal kena maki dengan parent gua. Hehe.

Saturday, December 24, 2011

Pulau Langkawi, pulau lagenda Mahsuri!

Assalammualaikum.

Seminggu yang lalu, saya bersama keluarga tersayang bercuti bersama-sama di Pulau Langkawi. Kami pergi selama 3 hari 2 malam. Bertolak seawal jam 4 pagi dan kami sampai pada pukul 9 pagi di airport Pulau Langkawi. Fly kami yang delay selama lebih kurang sejam tidak mematahkan semangat kami untuk berada di Langkawi. Cewaaahh! Sampai2 kat sana je kami terus cari kedai makan dan makan nasi terus walaupun time tu baru pukul 10 lebih. Lapo sangat sebab fly delay tadi. Huhu.And then, lepas makan, kami check in hotel dan rehat kejap. Dalam pukul 2 petang baru kami bergerak ke Tasik Dayang Bunting. Hah, kejap2. Cekidout gambar kat bawah ni dulu ye.

 Saya bersama Si comel ni kat airport Langkawi. :)

This is my lil sis. Amirah :)

Masa ni kami dalam perjalanan nak pergi Dayang Bunting. Dalam bot. 

This is Dayang Bunting. :)

Lagi si kecil yang comel.. Jalan macam orang besar :)

 Mak-mak sedara. and My Mum.


 hah, cuba teka kami kat mana?hehe..


 :)


 Masing-masing muka bahagia kan..hehe

Selain dayang bunting,banyak lagi tempat yang kami pergi. Salah satunya,semestinya tempat wajib iaitu Pekan Kuah. Kat sini la kami beli segala macam jenis coklat dan cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara-mara yang tak dapat join. Pastu kami pergi Underwater World. gambar yang berlatar belakang salji tu kat underwater la tu. hehe. Bukan setakat tu je,kami juga pergi Dataran Langkawi. Orang kata,tak sah la klu pergi Langkawi tapi tak jejak kaki kat Dataran ni kan?

Oh ye,kami juga singgah sekajap kat Makam Mahsuri dan tempat Kapal Layar Datuk Azhar Mansur disimpan. kat mana ntah tempatnya, tak ingat la pulak. Huhu. Sebelum kami ke Makam Mahsuri, kami beramai-ramai naik kereta kabel. Memang cantik pemandangan dari atas puncak bukit tu. Lebih-lebih lagi kat Jambatan yang kat atas bukit tu. Gayat dan menyeramkan. 

Dalam kereta kabel.

Ada banyak lagi gambar sebenarnya, tapi gambar-gambar tu sume ada kat my adik. And sekarang ni dia ada kat Johor. Huhu. Lupa pulak nak suruh dia tinggalkan gambar-gambar tu semua kat dalam pendrive saya. Tapi takpe la,ni pon dah cukup kot. :)

cukup sampai disini. :) bye~

::Tabung Rumah::