::Tabung::

Saturday, November 5, 2011

Pizza Ayam Yummy!

Assalammualaikum semua..hari ni saya nak kongsikan 1 resepi yg saya pernah cuba satu ketika dulu..iaitu pizza ayam istimewa yang sangat-sangat yummy sebab buatan sendiri..hehe :D

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :-
BAHAN A:
  • 300gm tepung roti
  • 200gm tepung gandum
  • 10gm garam
  • 60gm gula
  • 20gm susu tepung
  • 1/2 t.b.s baking powder
  • 3 1/2 t.b.s yis kering
BAHAN B:-
  • 2 biji kuning telur
  • 280ml air sejuk
BAHAN C:-
  • 50gm lemak sayur
BAHAN D (untuk hiasan pizza):-
  • 2biji lada benggala
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 200gm keju
  • mayonis
BAHAN E (untuk isi pizza):-
  • 150gm daging ayam kisar
  • 1 cmca besar minyak
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 sudu tomato puri
  • garam secukup rasa
CARA MEMASAK ISIAN PIZZA:-
  1. tumis bawang putih dan bawang merah.
  2. masukkan ayam dan tomato puri
  3. akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan tunggu hingga masak. 



KAEDAH MEMBUATNYA:-
  1. gaul tepung roti dan tepung gandum
  2. masukkan susu tepung ,yis kering dan baking powder dan garam
 

3. masukkan bancuhan telur. uli sebati.
4. kemudian masukkan lemak sayuran
5. uli hingga jadi lembut dan kembang 2x ganda


6. canaikan doh dan masukkan pada loyang pembakar dan cucuk dgn garfu.


7. sapukan permukaan doh dengan minyak Mazola dan sos.

 


8. letakkan isian ayam dan aturkan hirisan tomato,bawang besar,lada benggala.

9. akhir sekali tabur keju mozzarella dan mayonis.

 

  1. biarkan pizza kembang selama 10 minit.
  2. bakar dengan suhu 200 darjah celsius selam 30 minit.

HASILNYA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



 

 P/S: klik gambar untuk tumbesaran. :)

Terima kasih.

3 comments:

::Tabung Rumah::