::Tabung::

Friday, January 14, 2011

Susah nak jangka hidup ni.

Assalammualaikum w.b.t

Macam tak percaya je. Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun masa berlalu. Sekarang ni pun aku dah tahun ketiga menuntut ilmu kat poli ni. Banyak benda yang aku dah belajar. Bukan setakat belajar kat dalam kelas tu je tapi belajar macam-macam pengalaman baru. Banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku selama 2 tahun kat poli ni. Kalau nak cerita satu-satu, sampai esok pun tak habis.

So aku buat keputusan untuk ceritakan hanya satu je pengalaman yang paling baru berlaku kat Poli ni. Secara sedar tak sedar, aku yang dulunya hanyalah seorang budak perempuan biasa yang tak reti nak bergaul atau tak pernah rasa nak masuk mana-mana persatuan kat Poli, kini bakal menjadi salah seorang calon bagi pilihan raya kampus yang akan diadakan pada 19hb Januari 2011 iaitu minggu hadapan.

Aku tercalon pun sebab kena paksa dengan pensyarah. Memandangkan calon bagi Jabatan Elektrik tidak begitu mengalakkan,jadi aku pun setuju la untuk menjadi calon. Sekurang-kurangnya aku boleh temankan kawan aku yang sama-sama tercalon untuk merebut jawatan yang sama. haha. Bersaing dengan member baik sendiri takpe kan. Kami bersaing secara sihat. hehe. Lagi pun aku tak mengharapkan apa-apa untuk pilihan raya ni. Cukuplah sekadar dapat cekup sikit pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa.

Mengikut jadual yang diberitahu, kempen akan dimulakan pada hari sabtu. Jadi pada hari tu, semua calon dah boleh gantung poster dan berkempen untuk memancing undi. Serius, aku tak pernah terfikir nak buat kerja-kerja ni semua. Selalunya, tengok orang lain berkempen tapi sekarang ni aku pulak yang kena buat kempen.

Kesimpulannya, terima je la apa yang akan datang pada kita samada kita dah jangka atau tak jangka benda tu akan berlaku  kerana perkara @ pengalaman yang kita rasa tu akan jadi benda yang paling indah dalam hidup kita pada masa akan datang. Dengan pengalaman tu,kita dapat baiki diri kita menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

p/s: Undilah saya! haha. Student PSA je yang boleh undi hokey.
p/s 2: masa kempen nanti,nak update lagi. :)

4 comments:

::Tabung Rumah::