Sorry sebab lambat update pasal pilihan raya ni.
Pada hari sabtu iaitu hari yang dibenarkan untuk berkempen, aku keluar dengan member yang tercalon sama cam aku pergi Bukit Raja tengok wayang cerita Khurafat. HAHA. Lepas je ambil poster kat bilik gerakan, kami terus ke Bukit Raja. Semangat untuk berkempen memang tak ada dalam diri kami. HAHA.
Lepas balik dari tengok wayang, kami tengok dah ramai calon lain yang tampal/gantung poster disekitar Politeknik. Walaubagaimanapun, kami tak rasa tercabar kerana semua calon tu adalah calon umum. Aku dan member aku ni sebagai calon jabatan je.:p Jadi kami mengambil keputusan untuk gantung poster pada hari Ahad sahaja memandangkan hari tersebut kami tak keluar kemana-mana.
Tepat pukul 9.20 pagi kami dah start gantung poster sebab tak nak orang lain nampak kami tengah bertungkus-lumus. HAHA. Dan lebih kurang pukul 1 petang, kami dah stop gantung poster. Kami gantung pun sikit je. Adalah dalam 30 keping poster. Padahal, kami diberi 100 keping poster setiap seorang. Kat bawah ni adalah sikit pictures yang aku sempat capture.
ni la poster yang glamer tu..haha
ni pulak perkara yg mesti terjadi pada setiap calon yg bertanding..mesti kene conteng,xpon koyak..giler mungil bibir aku ni mcm lisa surihani pon ade..haha
dan senyum lagi..
di sepanjang susur gajah..
susur gajah lagi..
dan lagi..
bile pilihan raya ni? hehe relaks je poster kene conteng. bagus2
ReplyDelete