Hari ni saya MC. haha. Sebab tu ada masa untuk update blog. Ok tak payah la tulis panjang-panjang. Straight to the point la senang. Sebelum nak cerita pasal kahwin-kahwin ni, aku nak cerita dulu pasal award yang aku dapat semalam. Firstly, aku nak ucap thanx sesangat kat NANA coz sudi tag aku sebagai penerima 'beautiful blogger award'. Beauty ke?huhu. Apa-apa pun sangat-sangat terima kasih la kerana memberi award ni. Terharu dan sangat seronok sebenarnya. Thanx sekali lagi NANA. Lebih afdal kalau kita sebut nama dia tiga kali,kan NANA? Ok dah cukup.
Award ni pernah ku dapat dizaman dahulu kala. Jadi, saya rasa tak payah la jawab soalan2 tu.
Ok cukup cakap pasal award. Kita berbalik semula pada tajuk entry hari ni. Bukan nak cerita pasal rumah tangga orang atau rahsia rumah tangga bahagia dan sebagainya. Saya just nak berkongsi cerita tentang bestnya dapat pergi rumah orang kahwin dan makan nasi minyak,nasi putih atau nasi jagung sekalipun tanpa bimbang perut buncit. HAHA.
Sekarang ni banyak betul orang yang nak kahwin kan? Almaklum la nak dekat cuti sekolah dan bermacam-macam cuti umum ni kan. Tidak terkecuali juga pada kedua-dua sepupu aku yang dah pun naik pelamin pada bulan lepas. Ntah-ntah dah habis honeymoon pun. HAHA. Lambat bebenau aku update blog. Tapi boleh lagi kot kalau nak wish pengantin baru kat dorang ni. HUHU.
Mula-mula yang kahwin ni adalah sepupu lelaki belah mak aku. Masa tu buat kenduri kat kampung je la sebab rumah pengantin kat sebelah rumah nenek aku je. Tema warna hijau dan berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil mengunakan DSLR aku.HAHA.
[menjadi anggota rewang. HEHE]
[Yeay pengantin dah sampai.]
[pengapit lak yang over posing.HEHE.]
[tengok-tengok.Sweet kan dorang.:)]
[last sekali turn kami lak bergambar dgn pengantin]
Pengantin yang kedua pulak adalah sepupu belah ayah aku. Dia kahwin seminggu lepas sepupu aku kat melaka ni kahwin. Kali ni kami pergi jauh sikit,hantar rombngan pengantin lelaki sampai ke LEKIR,PERAK. Makan punya pasal,apa pun sanggup. HAHA. Dan ni gambar-gambarnya.
[satu bas penuh tau.huhu.]
[sebelum disandingkan]
[semasa disandingkan.]
[bersantap la pulak.]
[tema purple.]
[sebelum balik,shoping ikan masin dulu kat lumut.hehe.]
Lepas ni gambar aku lak yang kahwin. HAHA. Kepada para pengantin,SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA HUBUNGAN KALIAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.AMIN.
K babai~
p/s: DSLR aku model Kodak M340. Pergi cari kat google cepat!
Alamak!! x boleh tngok gambar kawin2 nih.. rase nak kawin jer.. hahhahha..
ReplyDeleteWah! Guna DSLR tuuuuuuuuu~ @_@
ReplyDeletetuan pnye blog biler lg nak kawen? :)
ReplyDeletesalam perkenalan..
ReplyDeleteMeriahnya majlis..
Salam Adik, waaa rajin gi makan kenduri kawin.Cikgu jarang gi kenduri kawin sbb orang2 di sekeliling student jer. Nasib baik dpt makan nasi yg best, ada yang kurang best kan. Tima kasih tunjuk gambor orang kawin yang cantik2. Moh gi blog cikgu, banyak citer kembara jer. I follow U! Sudi follow me ya.
ReplyDeletehttp://mohdhaiqal.blogspot.com/2010/11/qarls-15-my-followers-ladies.html
ReplyDeletehi. u r listed here
wah best nie.........meriah2
Delete