*ciplak kat SINI*
Tak lama lagi nak raya kan?Macam mana persiapan raya anda?Mesti korang tengah sibuk-sibuk buat kuih raya dan shoping raya kan. Kalau budak-budak sekolah dan student U, mesti korang happy gila sebab dapat cuti awal. Aku tak. Aku kene kerja sampai hari rabu ni pastu baru boleh balik kampung. Mak, abah, adik-adik aku semuanya dah selamat sampai kampung. HUHU. Tak sabar-sabar betul dorang nak raya.
Apa-apa pun, sempena raya yang sudah semakin hampir ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di dunia. Ucap awal sikit takpa kan?HEHE. Semoga raya tahun ni menjadi raya yang paling bermakna dalam hidup korang. Masa raya nanti,beringat-ingat la sikit. Jangan melampau-lampau pulak. Berserdehana je dah cukup.. (ceh,nak nasihat orang lain konon.diri sendiri mcmne cik fadxieza oi!) :p
Kepada yang masih belum balik ke kampung tetapi bakal balik ke kampung, Berhati-hati lah dijalan raya.Ingat orang TERsayang. Bawak kereta atau motor ke ape ke, jangan laju-laju macam kene kejar hantu. Bawak slow and steady je,mesti sampai jugak nanti. Kata orang, biar lambat asal kan selamat. Betul tak?
Dan sempena hari raya ni, tiada kad raya atau duit raya yang mampu aku beri pada korang. HEHE. Tapi kalau nak kuih raya,boleh datang ke rumah aku dekat Puchong ni. InsyaAllah kuih tu cukup untuk korang sampai 30 syawal nanti..HAHA. Tapi dengan syarat, seorang dapat satu biji kuih je..HEHE. Gurau je.
Itu saja pesanan khidmat masyarakat dari FADXIEZA. klik kalau nak tahu lebih lanjut. haha.
Sekian Wassalam.
babai~
p/s : Apa perkembangan terbaru iklan raya kat TV3 tu? Dah tak nampak lagi iklan Raya Merry Christmas tu. Mungkin dah di banned. Kat facebook pun takda lagi dah. Aku tengok pun kat youtube saja. Macam-macam.
Selamat Hari Rayer Aidilfi3.. Maaf zahir dan batin~
ReplyDeletesalam aidilfitri
ReplyDeleteFad, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. :D
ReplyDeletea square has 4 ends,
ReplyDeletea triangle has 3 ends,
a line has 2 ends,
Hope our silaturahim has no ends
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
a square has 4 ends,
ReplyDeletea triangle has 3 ends,
a line has 2 ends,
Hope our silaturahim has no ends
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.