::Tabung::

Tuesday, June 14, 2011

Tangga yang bila kita pijak, keluar bunyi piano.

Assalammualaikum.

Korang pernah dengar tak pasal tangga yang mengeluarkan bunyi ni. Saya rasa kat Malaysia ni tak ada lagi kot. Sebab tu ramai rakyat Malaysia ni banyak penyakit. hehe. Sebenarnya, tangga ni dicipta untuk mengalakkan orang ramai supaya jangan naik eskalator. Gunakanlah tangga untuk mendapat kesihatan tubuh badan yang baik.

Bila badan sihat, otak pun cergas. ye tak?





Style tak? Lepas je dia siap pasang 'piano' tu, lebih ramai yang nak guna tangga dari eskalator.
Ni ada lagi satu kat Milan.




  


Enjoy it! <3

Kutipan KL Gangster mencecah 6.5 Juta.

Assalammualaikum.

Actually saya baru je tengok filem ni tadi. hehe. Memang jalan cerita dia dengan lakonan dorang-dorang nih bagus sangat. Nak nak si Abang Long Padil tu. Lawak sial! haha.

Pastu tadi saya tengok kat facebook. Oh! media ada upload satu gambar ni yang di'print screen'kan daripada facebook Malek dan kawan-kawan dia. Haha. Lawak macam ni pun ada ke? Jom kita tengok sikit apa yang dorang gaduhkan kat dalam facebook ni.

*klik untuk besarkan gambar*
Begini la jadinya kalau dah terikot-ikot sangat dengan Filem tu. Hehe. Lepas ni nak tengok Filem 8 Jam pulak. Pelakon filem ni Shaheizy Sam. Thriller macam best. Korang rasa macam mana?

Saturday, June 11, 2011

Korang pernah dengar tak pasal ipanelonline?

Assalammualaikum.


Lama betul saya tak update blog ni kan? Jadi hari ni saya nak update dan nak cerita pasal ipanelonline ni. Korang pernah dengar tak pasal benda ni? Actually, ni adalah satu platform yang dicipta untuk orang ramai membuat atau menjawab kaji selidik yang disediakan. Jika korang menyertai kaji selidik yang disediakan, korang akan mendapat mata ganjaran selepas melengkapkan soalan kaji selidik. Dan paling best, bila korang mendapat mata ganjaran yang cukup, korang boleh tebus dengan wang tunai atau hadiah2 yang menarik. 

Saya sendiri dah cuba benda ni tapi baru lagi la. Mata yang dah dikumpul pun takda la banyak sangat. Tapi boleh la kalau nak buat penebusan. Setiap 100 mata yang kita dapat adalah bersamaan dengan RM1. Survey-survey yang diberikan pula, boleh mencecah sehingga 500 point. Banyak kan?

  *klik untuk tumbesaran*

Ok. Kalau tengok kat point ranking tu, yang nombor satu tu, point die banyak gila kan. Maknenye memang boleh je nak dapat ribu2. Rajin dengan tak je la. hehe. Macam saya ni, nak update blog pun malas. Apatah lagi nak buat survey bagai ni kan. :)

Kiranya benda ni sesuai sangat untuk orang yang nak cari duit poket tambahan. Mana tahu nak kumpul duit kahwin ke kan? hehe. Kalau koran macam berminat nak join, korang leh terus ke web dia,



p/s: Cuba jangan tak cuba. :)

::Tabung Rumah::