::Tabung::

Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Majlis berendoi a.k.a cukur jambul

Assalammualaikum.

Semalam pergi rumah member sorang ni. Abang dia ada buat kenduri untuk majlis cukur jambul anak dia yang baru lahir tu. Kalau tak silap baby tu baru je 4 bulan. Tapi saiz dia kecik sangat sebab lahir tak cukup bulan. Nak dukung pun tak berani tau. Jadi saya boleh tangkap gambar dari buaian dia saja. Kalau ikutkan memang nak sangat dukung dia. huhu. Nak praktis la katakan. hehe.


Time ni baby tengah tidur. hehe. Nampak tak muka kebahagian disitu. haha.


Sampai rumah member dalam jam 3 petang. Masa tu makcik-makcik kat taman perumahan tu tengah berzanji. Lepas mereka berzanji, baru la makan-makan. Dapat makan bihun sup yang yummy! memang sedap. Thank you Intan! hehe. Kalau nak buat kenduri lagi,ajak la aku. Comfirm aku datang. haha. 

And then, dalam pukul 5 saya dan kawan saya yang sama-sama pergi kenduri ni plan pergi tengok wayang. Tapi bila sampai kat Alamanda, tiket wayang kebanyakan pukul 7 lebih. Jadi, kami buat keputusan tak payah tengok wayang. Just pergi makan dan jalan-jalan je kat Alamanda. Sekarang ni tengah SALE uollll! Nasib baik takda duit. haha.


Ni jela yang mampu. haha. Tu pun kongsi dengan member. Sebab baru lepas makan kenduri kan. So perut kami kenyang lagi dan tak perlu kot makan banyak-banyak sebab boleh membuatkan bawah dagu jadi berlapis-lapis. haha.

Cukup saja untuk hari ini. Next time update lagi. Maybe, cerita kehidupan di UKM pulak. Actually,baru lepas packing-packing barang sebab esok kena daftar masuk UKM. Ececeh. I tak layak masuk UKM uolll. Masuk sana pun sebab ada kursus 2 minggu. haha. Aku ada, kau ada? :p

Ok bye!

Tuesday, November 8, 2011

Aktiviti di hari Raya.

Assalammualaikum.

Fuhhhh~
Akhirnya ada jugak masa dan kesempatan untuk saya update blog ni. Dah lama sangat tak update blog ni sebenarnya, almost 2 month rasenya. Almaklum la, sekarang ni saya dah semester akhir,jadi masa untuk blogwalking and update tu kurang sikit. Kene lebih tumpukan pada pelajaran. Hehe.  Tumpula sangat kan~ hehe.


Gambo malam raya ni.

Ok ok. Rasanya lom terlambat lagi kalau saya nak ucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA’ pada semua umat islam. Semoga raya pada tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelum2 nya. Tahun ni saya terpaksa korbankan cuti raya korban semata-mata untuk final exam yang akan datang ni. Tak lama je lagi, jadi kene korban masa tu untuk study la kirenya. Walaupun tak berapa nak study sangat pon. Hehe. Dalam waktu2 genting ni pon, mood study tu tak datang lagi. Tak tahu la apa nak jadi. Huhu. Kalau study tu rasanya sekejap je pon tapi bila take five punyala lama. Kadang-kadang lebih dari 5 minit. Bukan kadang-kadang tapi selalu. Selalu ok!

Erm, harap-harap exam kali ni dapat la lulus semua subjek dan kalau boleh biarlah cemerlang. Hehe. Yang penting kita kena berusaha la dulu. Ye tak? Mana boleh main mintak2 macam tu je. Memang tak dapat la kan. Lepas dah usaha tu,barulah doa dan tawakal. Penting tu!

Berbalik pada tajuk, dalam minggu yang lepas kami adik beradik yang berenam tu keluar jalan-jalan kat Alamanda. Hah,tahu kami buat apa? Hehe. Kami tengok wayang dan makan-makan je. Yang penting dua-dua aktiviti ni ada orang payung. Haha. Maklumlah, kakak n abang dah keje jadi boleh la dorang payung adik-adik dorang yang tengah belajar ni. Bila lagi kan. Hehe. Time cuti-cuti camni la baru dapat merasa makan free. Kalau nak harapkan hari lain,memang tak dapat la sebab adik-adik semua belajar jauh-jauh. Ada yang dok asrama. Kakak pon keje kat Melaka.

Layan je la gambar-gambar kami ni ye.


Dari kiri: kakak,adik,adik dan adik. Hehe.

  
Masa ni tengah tunggu nak tengok wayang.

Makan-makan at Kenny Rogers Roaster. J

Lepas makan,kami terus balik rumah. Takda singgah mana-mana dah. Kalau nak tahu, kitorang keluar masa hari raya pertama. Hehe. Ok la sampai disini saja entry kali ni. babai semua. cau cin cau~ 

Tuesday, June 14, 2011

Kutipan KL Gangster mencecah 6.5 Juta.

Assalammualaikum.

Actually saya baru je tengok filem ni tadi. hehe. Memang jalan cerita dia dengan lakonan dorang-dorang nih bagus sangat. Nak nak si Abang Long Padil tu. Lawak sial! haha.

Pastu tadi saya tengok kat facebook. Oh! media ada upload satu gambar ni yang di'print screen'kan daripada facebook Malek dan kawan-kawan dia. Haha. Lawak macam ni pun ada ke? Jom kita tengok sikit apa yang dorang gaduhkan kat dalam facebook ni.

*klik untuk besarkan gambar*
Begini la jadinya kalau dah terikot-ikot sangat dengan Filem tu. Hehe. Lepas ni nak tengok Filem 8 Jam pulak. Pelakon filem ni Shaheizy Sam. Thriller macam best. Korang rasa macam mana?

Wednesday, May 18, 2011

Bandar Bersejarah Melaka

Assalamualaikum.

Hari Isnin hari tu saya pergi bandar Melaka dengan adik saya. Kalau pergi ke Bandar bersejarah ni, mesti kita takkan melepaskan peluang untuk merakamkan sejarah kita pulak kan? sama macam saya, sampai je sana terus buat photoshoot. Hehe.


makan-makan dulu sebelum berjalan.





Panas tahu tak.


time ni kat Bukit St Paul.


Mintak tolong orang untuk capture gambar ni. Hehe.


Adik saya dan saya.





Tapi kami pergi sana bukan untuk photoshoot je ok. Kami pergi tengok wayang citer Fast n Furious 5. Memang best sangat. Sangatlah rugi sapa yang tak pergi tengok tu. :) Esok macam nak pergi Dataran Pahlawan sekali lagi sebab esok Movie 'NUR KASIH' pula yang keluar. Rasa macam tak sabar nak tengok citer tu sebab sekarang ni kalau pergi mana-mana, mesti ada yang cakap pasal Nur Kasih ni. Tengok thriller filem pun macam best sangat. Kan?

p/s: Bulan ni banyak wayang best-best la. :)

Sunday, September 26, 2010

Hang Out Katanya.

Assalammualaikum.

Hari ini aku tak nak tulis banyak. Korang tengok je la video ni. Tu pun kalau sudi le. Aku tak paksa pun. :)


dicipta oleh : Intan Rohaida.

Friday, June 4, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN

ASSALAMMUALAIKUM...
Yuhuuu,ada orang tak??hehe..ni nak cerita satu cerita yang baru je keluar wayang hari ini..hah!cerita ape ye?hehe..tajuknya 'LAGENDA BUDAK SETAN'..
    
   Pada saya cerita ini boleh dikatakan sangat menarik jalan ceritanya..dan ia sangat-sangat touching tau..kenapa saya kata macam tu sebabnya,setiap 5 minit mesti rasa macam nak menangis..hehe..seperti yang anda semua sedia maklum cerita ni adalah adaptasi daripada sebuah novel tulisan Ahadiat Akasyah..
   Pelakon yang terlibat pula ialah Lisa Surihani, Farid Kamil, Raja Farah, Fazura dan ramai lagi..saya pasti anda semua mesti tak sabar untuk mengetahui cerita lanjut mengenai filem ini..so,apa kata korang pergi panggung hujung minggu ni..hehe..
   Disini saya ada sertakan lagu tema atau sound track untuk filem ini..lagu ni ada dua version..satu lelaki nyanyi lagi satu perempuan yang nyanyi..lagunya bertajuk 'Bila Cinta' yang dinyanyikan oleh Filianti Vlee..




untuk download ------>   Bila Cinta - Fili [Lagenda Budak Setan OST] mp3.mp3 

LIRIK 'BILA CINTA'-FILIANTI VLEE

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
  Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
  Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuuuu..
Dalam harapan

::Tabung Rumah::