::Tabung::

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Kutipan KL Gangster mencecah 6.5 Juta.

Assalammualaikum.

Actually saya baru je tengok filem ni tadi. hehe. Memang jalan cerita dia dengan lakonan dorang-dorang nih bagus sangat. Nak nak si Abang Long Padil tu. Lawak sial! haha.

Pastu tadi saya tengok kat facebook. Oh! media ada upload satu gambar ni yang di'print screen'kan daripada facebook Malek dan kawan-kawan dia. Haha. Lawak macam ni pun ada ke? Jom kita tengok sikit apa yang dorang gaduhkan kat dalam facebook ni.

*klik untuk besarkan gambar*
Begini la jadinya kalau dah terikot-ikot sangat dengan Filem tu. Hehe. Lepas ni nak tengok Filem 8 Jam pulak. Pelakon filem ni Shaheizy Sam. Thriller macam best. Korang rasa macam mana?

Saturday, June 11, 2011

Korang pernah dengar tak pasal ipanelonline?

Assalammualaikum.


Lama betul saya tak update blog ni kan? Jadi hari ni saya nak update dan nak cerita pasal ipanelonline ni. Korang pernah dengar tak pasal benda ni? Actually, ni adalah satu platform yang dicipta untuk orang ramai membuat atau menjawab kaji selidik yang disediakan. Jika korang menyertai kaji selidik yang disediakan, korang akan mendapat mata ganjaran selepas melengkapkan soalan kaji selidik. Dan paling best, bila korang mendapat mata ganjaran yang cukup, korang boleh tebus dengan wang tunai atau hadiah2 yang menarik. 

Saya sendiri dah cuba benda ni tapi baru lagi la. Mata yang dah dikumpul pun takda la banyak sangat. Tapi boleh la kalau nak buat penebusan. Setiap 100 mata yang kita dapat adalah bersamaan dengan RM1. Survey-survey yang diberikan pula, boleh mencecah sehingga 500 point. Banyak kan?

  *klik untuk tumbesaran*

Ok. Kalau tengok kat point ranking tu, yang nombor satu tu, point die banyak gila kan. Maknenye memang boleh je nak dapat ribu2. Rajin dengan tak je la. hehe. Macam saya ni, nak update blog pun malas. Apatah lagi nak buat survey bagai ni kan. :)

Kiranya benda ni sesuai sangat untuk orang yang nak cari duit poket tambahan. Mana tahu nak kumpul duit kahwin ke kan? hehe. Kalau koran macam berminat nak join, korang leh terus ke web dia,



p/s: Cuba jangan tak cuba. :)

Sunday, April 3, 2011

Review: Blog Paan oo.

Salam semua.

Kenapa saya pilih dia?
Because he's cute.. ececeh.. Gatal naa.. Haha.. Ok2 sebabnya dia adalah follower saya yang ke-500. Jadi saya rasa saya patut bagi penghargaan pada dia. Perhargaan je yang mampu. Nak bagi hadiah tak mampu la pulak. Huhu.

Ok2. Blog Paan ni simple je tapi cantik. Dan kemas. Tak semak mata memandang n cool. Hehe. Paan kata dia merupakan student PSIS tahun akhir dan dalam sem akhir jugak. Kiranya dah nak grad la ni. Tahniah2.

So pada kawan-kawan semua, sila-sila lah terjah blog Paan ye. Comfirm korang takkan menyesal sebab kat blog dia banyak tips dan nasihat. :)




Sekian terima kasih.

Friday, April 1, 2011

Review 'OI BANGUNLAH OI'.

Assalammualaikum readers!

Hari ni saya nak buat review pasal buku motivasi tulisan Dr HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ. Apa yang menarik tentang buku ni?



Buku motivasi yang diterbitkan oleh Grup Karangkraf ini banyak memaparkan kisah-kisah benar yang terjadi di dalam masyarakat umum pada masa ini. Buku yang mempunyai 316 muka surat ini dapat memberikan impak positif pada setiap orang yang membacanya. Saya percaya, dengan membaca buku ini, banyak cerita yang boleh dibuat pengajaran dan teladan pada kita semua. Dengan harga yang sangat murah iaitu RM10, pasti ramai yang mampu memilikinya.

Kisah-kisah yang dipaparkan dapat menaikkan semangat seseorang untuk terus berjaya dalam hidup. Saya sendiri sudah membacanya dan olahan ceritanya sangat superb! :)

Bagi mereka yang suka membaca, saya cadangkan anda beli dan baca sendiri buku motivasi ni. Anda pasti takkan menyesal. :)

::Tabung Rumah::