::Tabung::

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Biar lambat asalkan selamat!

Assalammualaikum semua!

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam. Tajuk kat atas ni just nak bagitahu yang saya terlambat wish. Tu je. Hehe.

Semoga ramadhan kali ni menjadi ramadhan yang terbaik buat kita. :)



ok babai.

Tuesday, August 31, 2010

Sesi Reunion Tahun 2010.

Assalammualaikum.

Semalam hari ahad. Anda tahu bukan?saya pun tahu. Tapi apa yang anda tak tahu ialah semalam Reunion SMK Puchong Utama (1) batch 2006. Bertempat di Patio @ 21 di Subang Jaya, majlis berbuka puasa telah diadakan sekali gus menemukan kembali rakan-rakan yang telah lama terpisah..cewahh~terpisah la sangat. Padahal hari-hari jumpa kat dalam facebook kot. HAHA.

Patio@21 menyediakan banyak juadah berbuka ok.Sedap-sedap pulak tu..Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri. Rendang daging dia the best bagi saya. Kat sini kami makan secara bufet.Untuk bulan ramadhan ni Patio @ 21 menyediakan hidangan dan harga istimewa untuk pelanggan mereka. Bagi orang dewasa macam kami-kami ni harganya adalah RM20/seorang dan kanak-kanak ialah RM10 sahaja.

Memandangkan umur kami semua baru/sudah/akan mencapai 21 tahun,jadi amat sesuai la restoran ni dengan kami kerana namanya pun ada angka 21 disitu.


Dalam perjalanan ke Patio@21. Abaikan si Driver yang terang-terangan melakukan kesalahan jalan raya iaitu bergayut semasa memandu.

Dua orang minah ni sedang sibuk memperagakan pakaian masing-masing sementara menunggu member lagi seorang yang lama gila bersiap.

Sebelum berbuka, masing-masing sibuk nak capture gambar kami..HAHA. Bajet glamour. Tapi memang glamour pun..HAHA. Tipu je.

Diantara makanan yang disediakan.Tengok tengok tengok. Macam-macam ada tau. Ada buah-buahan,murtabak,pulut panggang,kek span,bubur kacang. Banyak lagi la wey. Nak bagitahu pun tak larat woo..Ni baru makanan ringan-ringan. Yang berat-berat tak sempat nak capture sebab dah masuk perut.HAHA.
Masing-masing dah mature ok. Sorang-sorang pakai high heel,bawak handbag bagai. Kalau tengok dulu-dulu, sakai dan comot je. Tapi otak gila-gila korang still macam dulu, tak berubah langsung.

ni sebahagian je yang sudi gambarnya ditangkap. Lain-lain tu pemalu orang nya..HAHA. Dorang suma dok kat tepi je. Mungkin dah lama tak jumpa,masing-masing segan kot.HAHA.

lastly untuk tatapan anda semua, tuan punya blog.tengok la puas-puas. Saya tak mahu anda rindu kat saya..HAHA. Sekian.

babai~

Tuesday, August 17, 2010

Hari ni adalah puasa ketujuh.

Assalamualaikum.
Menu apa yang anda makan untuk berbuka hari ni?sedap kah?oh,sudah semestinya jawapan anda sedap kan.itu saya tahu sebab masing-masing tengah lapar.makan benda tak sedap pun boleh jadi sedap.kan?

Jadi hari ni saya nak bercakap tentang makan. Anda dengar tak saya bercakap. Tak dengar kan?ok takpe,abaikan. Saya berbuka di kedai hari ni. Kedai tu diberi nama RESTORAN BASER. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok blog mereka. Saya tahu tentang restoran ni pun melalui blog berkenaan.hee~

Restoran ni pernah masuk tv wa ckp lu. Haha. Restoran ni jadi salah satu destinasi untuk Jalan-jalan Cari Makan. tak percaya? nak bukti ke?

hah!tengok. Saya tak tipu kan. Harga makanan pun berpatutan tau. Korang boleh usha blog dorang kalau nak tahu lebih lanjut.
Ok setakat itu je untuk malam ni. Esok kita jumpa lagi.

k babai~

Sunday, August 15, 2010

Diriku Tidak Diperlukan Lagi.

Assalammualaikum.

Salam Satu Malaysia..ceh ceh ceh,tetibe plak kan..haha..
Pada awal bulan puasa ni,banyak dah dugaan yang aku terima..tapi aku redha..aku terima je..

Bermula pada hari isnin yang lepas (9-8-2010), aku ditugaskan untuk berpindah ke office yang baru..!aku tak kisah itu,yang aku kisah sangat ialah aku kena jaga office tu seorang diri..katanya,dia akan cari pekerja baru secepat mungkin,so untuk masa terdekat ni aku keseorangan di pejabat demi untuk menjaga keselamatan tempat tu..keselamatan aku macam mana??aku kena datang seawal 8.30 pagi untuk bukak pintu,padahal waktu pejabat kat tempat aku pukul 9 pagi..dan aku kene tutup pintu selewat 6.30 petang untuk kunci pintu padahal waktu balik pukul 6..(tapi bulan puasa ni bos bagi balik pukul 6 tepat)ok terima kasih untuk itu..walaupun kawankawan yang lain balik pukul 5.. huhu..

mungkin ada diantara korang akan cakap :-
--> ala, ok la tu dapat keje lebih masa untuk sejam..sekurang-kurangnya dapat gak duit lebih untuk hari raya ni..
--> benda kecik je tu..takde hal la..
--> best apa dok office sorang-sorang..bos tak nampak sama ada kita wat keje atau x..

itu kata korang ye..sekarang ni turn aku pulak nak kata :-

--> aku ni hanyalah student PRAKTIKAL je kat situ..ulang sekali lagi, student PRAKTIKAL..aku tak dapat gaji lebih masa tu..aku hanya dapat elaun beberapa ratus je untuk tampung hidup aku..cukup ke?
--> bagi aku ni adalah benda besar sebab bukan tugas aku untuk menjadi seorang kerani disitu kerana aku adalah seorang student kejuruteraan elektronik..apa aku nak tulis dalam report kalau hari-hari aku kena buat kerja sama yakni kerja kerani?apa aku nak cakap dgn lecturer,kalau dia tanya "apa yang awak belajar disini?"
--> aku takut dok sorang-sorang la siot..tempat tu macam seram je coz tempat baru lagi..still xramai orang kat situ..lagi satu,time hujan yang paling menakutkan, bunyi petir guruh tu semua buat aku kecut perut..lebih-lebih lagi time puasa ni..dah kecut makin kecut la perot aku ni..haha..

aku berharap sangat supaya cepat-cepat la dia cari pekerja baru..tak sabar rasanya untuk mendapat kawan baru..haha..bukan tu sebenarnya..ok, ni baru masalah kat tempat kerja..banyak lagi masalah aku kat tempat lain..haha..tipu je..aku paling tension kat tempat kerja la..

dan semalam, lepas aku turun dari bas ketika berjalan kaki beberapa tapak untuk balik rumah tetiba selipar yang aku pakai tu terputus pulak..adoi~ malu tak payah nak cakap la..kat situ ada la beberapa orang yang baru turun bas jugak..so,dengan muka yang buat-buat tak tahu malu, aku terus tanggal dua-dua selipar aku n berkaki ayam!!haha..apa lagi yang aku boleh buat?ada jugak la orang yang pandang2 kat aku wat muka tahan gelak ke pelik sebab aku jalan berkaki ayam..

erm,sabarlah dalam bulan-bulan puasa ni..tu baru dugaan sikit je..peniaga-peniaga kat jasin melaka tu lagi teruk dugaan yang dorang kena..kan kan kan??

p/s : tajuk entry tu macam takde kena mengena je dgn entry ni..haha..sebenarnya aku nak cakap,aku sorang-sorang kat office baru nampak macam dorang tak perlukan aku kat office lama tu..hehehe


k babai..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan.

Salam semua..




salam ramadhan kepada semua umat islam di dunia..
jadikan ramadhan ni,ramadhan yang lebih baik dari yang lepas-lepas tu..
dan jangan lupa niat puasa..

Lafaz Niat Puasa Sebulan



sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala


Lafaz Niat Puasa



 

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

Doa Berbuka Puasa


 


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin



k babai..

::Tabung Rumah::