::Tabung::

Showing posts with label pakaian. Show all posts
Showing posts with label pakaian. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Jalan sorang-sorang kat Masjid India, Jln TAR dan Pasar seni.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya baru je balik dari KL. Jalan-jalan. Sekarang ni kan tengah cuti sem. So, syiokkkkkkk jugak la jalan sorang-sorang kat KL tuhhh! Tapi kan tapi kan bukan setakat jalan-jalan biasa je tau. Jalan-jalan ada makna la koranggggg.. Hehe

Kalau dh sampai KL tuhh, mestilah saya akan buat apa yang pari-pari para-para perempuan selalu buat kan??? Apa dia? cer teka cer teka?? Haha. Shoping la apa lagi kan?? Kali ni tak banyak pun beli barang. Tiga helai shawl, sehelai Blouse dan Tali pinggang baruuuuu.. Haha.

Meh meh meh. Nak kongsi sikit apa yang saya beli tadi. Korang tengok je la eh. hehe.


handbeg kat tepi-tepi tu bukan ye.. Takda kena-mengena pon dalam ini cerita..


Kalau nak shopping, saya memang suka sangat shopping kat KL. Sebab kat sana baju-baju sume murah gileeeee.. Lantak la takda brand sekalipun. Yang penting, bila kita pakai baju tu, rasa selesa je kan. Korang setuju tak?

Pastu, singgah kejap kat Mydin. Adalah beli barang sikit-sikit. Lepas keluar Mydin, terus pergi Pasar Seni jalan kaki. Kat Pasar seni pulak, just tengok-tengok je. Takda beli apa-apa pun. And then, saya balik rumah naik bas Rapid. Kehkehkeh. Naik bas tau koranggggg. Takda maknanya nak naik keta bagai. Saya bukan orang kaya pun. Hehe.



p/s: Ingat nak balik kampung la. Ermmmm...

Sunday, April 3, 2011

Pagi ke pasar. Petang ke UM.

Assalammualaikum.

Hari ni hari ahad. Kalau kat shah alam ni, masuk je hari ahad, mesti ramai yang berpusu-pusu nak pergi pasar karat. Macam tu jugak la dengan saya. :) Lebih-lebih lagi, awal-awal bulan cam gini. Mesti ramai yang nak beli barang dapur, shoping sikit-sikit, jalan-jalan cari makan dan sebagainya.

Kalau student macam saya ni, benda paling best buat kat pasar tu window shoping ler. Nak beli-belah duit xda. Makanya, tengok jela orang membeli-belah. Huhu. Tapi, hari ni saya pergi dengan tujuan lain. Tujuan saya nak membeli belah. :)

Saya beli skirt. Skirt labuh. Skirt yang kembang tu. Bila pakai takda la nampak ketat sebab die kembang. Bila kembang, nampak la berisi sikit. Tapi saya beli warna putih sebab warna tu je yang memukau mata saya. Nak tengok? hah, nak tak nak kena tengok jugak. Peduli apa.


Ok, habis cerita pasal skirt. Sekarang ni nak citer pasal UM plak. Tadi ada pelancaran Kelab TAHA@UM. Dan kami dijemput untuk memeriahkan suasana. Eceh. Apa yang best kat pelancaran ni, mereka turut mengadakan karnival serta Chocolate Fair. Ok pada sesiapa yang nak pergi sana, dipersilakan. Karnival ni diadakan pada 2 hingga 5 April 2011. Masih ada 2hari lagi untuk kamu kamu dan kamu memeriahkan suasana. hehe. So, marilah beramai-ramai ke karnival anjuran kelab TAHA@UM. *wink*


Akhir kata dari saya, SAYANGILAH KUCING. xde kene mengena.


Friday, August 20, 2010

Gara-gara terlewat bangun.

Assalammualaikum.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Ok,pantun diatas tiada kene-mengena dengan entry. Kalau ikut tajuk ni,mesti korang fikir aku lambat masuk kerja kan. Salah salah salah. Salah sama sekali, malahan hari ni aku masuk office lebih awal daripada biasa. HAHA.

Tapi yang tak syoknya, pakaian aku hari ni tidak menepati etika sebagai seorang kerani apatah lagi sebagai seorang technician. Gara-gara bangun lambat ni la membuatkan aku pakai je apa yang nampak didepan mata tanpa berfikir lebih lama. Sebab kalau fikir lama-lama, makin lambat la jadinya.

Apa yang dipakai tiada la teruk mana. Masih kelihatan rupa aku sebagai seorang manusia normal. Warna-warni pakaian saja yang membuatkan aku terasa diriku sebagai seorang badut sarkas yang sedang membuat persembahan dikhalayak ramai. Keadaan ini menjadikan aku berasa lebih yakin untuk bertemu dengan orang-orang disekeliling aku. HAHA.  Tipu je.




Lihat ini. Aku masih boleh tersenyum gembira dengan perwatakan aku sekarang. Dengan memakai baju t-shirt berwarna hijau gelap dibahagian dalam. Kemudian sweater biru. Seluar putih. Kasut pink. Beg merah. Tudung hitam. (baca laju-laju) Sungguh colourful hidup aku pada hari ini.      

Menurut kawan aku pada waktu dahulu kala, warna maksimum yang boleh dipakai oleh seorang wanita dalam satu-satu masa adalah tiga warna sahaja. Ulang suara, TIGA warna sahaja. Lebih dari tiga warna, nescaya anda akan kelihatan pelik lagi aneh. Kesahihnya masih belum dapat dipastikan lagi. Apapun, terpulang pada hak masing-masing untuk berfesyen.  Sekian saja dari saya. Babai!~

p/s : Aku pakai 5 warna. Mesti pelik lagi aneh kan.                       

::Tabung Rumah::