::Tabung::

Saturday, January 19, 2013

Preparation.

Assalammualaikum.

Erm,tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Keadaan akan menjadi kelam kabut lepas ni bila mana dalam masa lebih kurang sebulan dari sekarang,aku bakal bertukar status. Setelah 4 tahun berkenalan,akhirnya kami akan ditunangkan. Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Amin.

Org lain bertunang,preparation dorang sangat la dasyat. Tiga empat bulan sebelum majlis lagi dorang dah sibuk buat itu ini untuk majlis dorang. Aku ni apa pun tak buat lagi. Cukup ke masa sebulan ni untuk aku buat preparation sepenuhnya? Mana dengan doorgiftnya lagi,baju, mekap, kenduri bla bla bla. Alamak seramnya. Mungkin majlis tunang nanti,aku buat yang simple-sinple je. No pelamin-pelamin bagai. Duduk je atas lantai tu sarung cincin. Haha. Sebab kalau nak tempah pelamin pun,dah tak sempat dik oi. Manada orang nak terima tempahan lagi dah. Lain la klu awak sanggup DIY pelamin sendiri. :)

Gubahan hantaran pun aku tengah blur jugak ni. Sudahlah tangan aku dari dulu tak berseni. Siapa pulak lah yang bakal jadi mangsa untuk siapkan hantaran aku ni. Mintak tolong kawan-kawan je la nampaknya. Memandangkan ini adalah majlis tunang,jadi hantarannya lebih banyak benda-benda makan. Meh nak senaraikan apa yang aku nak bagi kat family belah sana nanti :-

  • Songkok
  • Kain satin (nak buat baju nikah)
  • Sejadah
  • Kek
  • Buah
  • Coklat
  • Kemeja
  • Tuala mandi
  • Sirih junjung
Cukup sembilan dulang. Jadi yang belah sana kena bagi 7 dulang sebagai balasan. Actually barang-barang ni semua dah beli siap-siap dah. Sebelum tarikh ditetapkan lagi. Haha. Gila semangat. Cuma barang makanan je yang belum beli lagi. 

Untuk doorgift, masih belum difikirkan nak bagi apa kat tetamu-tetamu semua. Tetamu yang datang pulak lebih kepada saudara-mara belah aku sebab abah n mak nak ajak adik beradik dorang semua. Pulak tu aku ni anak pertama yang bakal bertunang, so parent terlebih excited disitu. Family belah sana yang datang tak ramai pun,cuma 3 kereta. Aku rasa doorgift nanti nak bagi makanan je. Boleh makan, boleh kenyang dan senang hati. :)

Setakat ni,itu je yang aku terfikir. Ada apa-apa yang tertinggal ke?

Saturday, December 15, 2012

Senda gurau di Berjaya Times Square

Assalammualaikum

Teringat masa kecik-kecik dulu, selalu je pergi shopping dengan mak abah adik beradik kat Midvalley. Sekarang ni bila dah besar,boleh kira dengan jari berapa kali keluar dengan family. huhu. Rindunya zaman dulu-dulu. Zaman tak payah fikir masalah. Hidup happy je kan. Sekarang ni semua kene buat sendiri, kena hidup berdikari. Tak boleh nak harapkan mak abah lagi dah. Kita dah besar kan.

Tapi baru-baru ni, kita keluar dating dengan family kita. hehe. Terasa menjadi budak-budak kembali. haha. Bezanya masa kecik-kecik,dorang yang akan jaga kita sebab takut hilang dan sebagainya tapi sekarang ni kita yang kena jaga diorang sebab diorang tak biasa dengan tempat tu. Berjaya Times Square, diorang memang tak penah pergi situ.

bertolak ke Putrajaya.


Pergi sana pun naik KLIA Express dari Putrajaya sampai KL Sentral pastu dari KL Sentral kena naik monorail pulak untuk sampai ke Times Square. Perjalanan tidak la memenatkan sebab tak payah nak tempuh jem bagai. Area KL tu paham-paham je la. Tak penah tak jem. Mesti jem punya. Lagi-lagi kalau pergi sana time cuti umum. Jadi pengangkutan awam memang pilihan terbaik. :)

muka tengah tunggu tren.


Sampai je kat sana, kami terus pergi makan sebab masa tu pun dah pukul 1 lebih memang masa untuk makan pun kan. After makan-makan, baru la pergi shopping and jalan-jalan kat situ. Dapat la sorang sepasang kasut. hehe. Adik lelaki pulak dapat helikopter remote control, abah beli untuk dia. Lepas dah penat jalan-jalan, tetiba abah kata nak main bowling. hehe. Dapat la main 2 frame dengan family. Boleh tahan jugak mak abah main bowling, masuk longkang sokmo. hehe

                                         
                                                        Mak                                      Mira
                                         
                                                     Abah                                        Aku


Dalam jam 6 lebih, kami bertolak balik dah. Dan seperti dijangka, dekat stesen monorail ramai sangat orang.   Kami dapat naik pun masa tren yang ketiga. tapi takpa la, semua selamat. Masa dekat KL Sentral barulah lega sikit sebab tak ramai yang naik KLIA Express. Tiket KLIA Express lebih mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan naik bas ke Putrajaya. Tapi sangat berbaloi sebab tak payah nak sesak-sesak dengan lautan manusia.

Akhirnya kami sampai ke rumah sebelum maghrib. the end. :)

*sampai sini sajalah contoh karangan Bahasa Melayu saya untuk hari ini. Jumpa lagi di lain hari. Mungkin akan menyusul dengan contoh karangan surat rasmi atau tak rasmi. hehe :p

Friday, November 30, 2012

Boleh dikatakan, aku baru nak mulakan hidup baru.

Assalammualaikum.

Ok lama gila tak update blog ni kan? Pasal apa tak update pun aku tak tahu. Nak kata takda masa, ada je. Nak kata busy, tak la pulak. Aish tak tahu la nak cakap macam mana. Rasanya zaman untuk aku berblog dah berlalu kot. (padahal dulu-dulu takda pun aktif berblog haha) Mungkin faktor umur turut menyumbang kepada keadaan ini. haha.

Lagipun bagi aku, umur 23, 24 tahun ni la masa untuk kita mencapai sesuatu yang kita pernah impikan masa kecik-kecik dulu (bukan masa nak berblog bagai). Tahap-tahap umur gini la masa yang sesuai untuk kita memperkukuhkan tapak kita. Mungkin kestabilan dari segi ekonomi dan juga sahsiah diri. Cewahhh. Tetiba rasa macam dah dewasa. Huhu. Tak sangka aku dah hidup kat dunia ni selama 23 tahun. Tapi aku tak tahu apa yang aku dah sumbangkan kat dunia ni. Rasa macam aku belum memulakan langkah untuk berbakti kat dunia ni. :(

Jadi, kau tahu maksud aku kan? Ayuh! BANGKITLAH!



*Meroyan malam-malam macam ni, itu perkara biasa. Sila abaikan entry ini.

Wassalam.



::Tabung Rumah::