::Tabung::

Friday, January 27, 2012

Jom jawab soalan kat bawah ni dengan spontan!

Assalammualaikum.

Hari ni saya nak bersoal jawab dgn korang semua. Harap korang boleh luangkan sikit masa untuk jawab soalan ni ok. Actually, soalan ni saya dapat dari seorang kenalan kat facebook. Copy n paste je pon. Hehe. :)


JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging

Selamat menjawab! :D

Wednesday, January 11, 2012

Saturday, January 7, 2012

Sesi temubual bersama artis terkenal!

Assalammualaikum


Tak sangka dah tua tua camni pon still ada blogger yang sudi tag saya. Ingatkan daku sudah dilupakan. Hehe. Terima kasih sangat pada tuan blog arianaaiyanalife iaitu Miss Zuriana. Ok Miss Zuriana telah pon menyediakan 10 soalan untuk saya jawab sebagai entry kali ni. Jadi moh la kita tengok apa soalan soalan yang diberikan tu ye.


1.Antara makan dengan tido,korang paling suka buat ape,sebab ape paling suka?
2.Korang ade first sight love tak??Cinta pandang pertama..Kalau ade cite la skit..camna rasa mula2 terpandang..debor2 ke?hihi
3.Korang penah tak berangan-angan nak jadi glemer?sebab ape nak glemer tuu?
4.Sape idola korang?Knp?
5.Moto dan visi hidup korang ape??
6.Apa pendapat korang,kalau bakal anak korang jadi artis?
7.Apa perasaan korang,kalau Datuk Siti Nur Haliza ajak korang bergambar?? bukan korang ajak,dia yang ajak.ape perasaan?
8.Apa cita-cita korang masa tadika?
9.Kalau secret admirer bagi adiah kat korang?First thing yang korang pk ape ye?
10.Nak tanya ape ek, Korang rasa korang vouge x?Sebab rasa camtu?



Hah, amik kau. Jawab jangan tak jawab. Hehe. Masak den. Ok la tanpa membuang masa lagi meh la kita membaca jawapan-jawapan bg soalan yg diberikan ye.



1.  Antara makan dan tido saya lebih suka buat kedua-duanya secara serentak. eh eh, boleh ke buat serentak. keh keh keh. Sebenarnya saya suka buat dua-dua ni. Lepas makan, tidur. Lepas tidur, makan. Dan begitu la seterusnya. Lalalala.


2. First sight? Apa tuh? hehehe. Sebenarnya tak pernah rasa pon first sight bagai ni. Ber-sight2 ada la. Haha. Apapon, sangat jarang ok orang bercinta berdasarkan pandangan pertama ni. Pada masa sekarang ni, orang bercinta bila dah kenal hati budi masing-masing. Tak gitu? ni pandangan saya je. :)

3. Hehe. Susah nak jawab. Setiap orang ada keinginan masing-masing kan? Saya pon ada jugak. Nak glemer tu memang la nak. Tapi bukan la glemer macam artis ataupun glemer seperti Cik Epal, Irine Nadia dan sebagainya. Saya nak glemer atau dikenali di kalangan kawan-kawan dan keluarga. Maksudnya, jika saya buat sesuatu perkara tu, saya nak orang tahu yang benda tu saya yang lakukan. Pastinya perkara tu, perkara yang baik-baik la. Taknak la glemer sebab buat benda tak elok kan?

4. Idola saya semestinya ibubapa saya. Saya percaya, ramai yang memjadikan parent dorang sebagai idola. Sebabnya senang je. Kerana mereka, kita ada kat dunia ni.

5. Erk. Apa ye moto dan misi hidup? Setakat ni saya belum terfikir lagi untuk mencipta moto dan visi ni dalam diri saya. Yang saya tahu, saya nak hidup saya sentiasa diredhai dan berjaya dalam apa jua bidang yang saya tempuhi. Perjalanan hidup saya masih panjang lagi, jika hari ni saya belajar jurusan kejuruteraan dan ditakdirkan suatu hari nanti, saya menjadi sesuatu yang lari dari bidang saya sekarang ni, saya harap ada orang yang meredhai perjalanan hidup saya ni. Hehe.

6. Anak? Belum terfikir lagi. Tapi kan kalau emak dia tak berminat nak jadi artis, saya percaya anak saya pon tak berminat jugak. Hehe. Ibarat emak borek anak rintik la. Boleh camtu?

7. Perasaan tak terkata kot. Huhu. Kalau la betul-betul Datuk Siti nak bergambar dengan saya, saya akan tersenyum lebar sampai ke telinga la jawabnya. Ntah-ntah seminggu pon belum habis senyum. Haha.


8. Masa tadika dulu, saya nak jadi cikgu. Tak tahu kenapa cikgu. Mungkin sebab masa tadika dulu, yang dok tercongok depan mata adalah cikgu. Jadi, terus saja jadikan cikgu sebagai cita-cita. Haha. Bila dah besar ni, sikit pun tak terasa nak jadi cikgu. Haha.

9. 'Aku ada secter admirer ke?' haha.


10. Tak pun. Sebab I tak glamour. ;p


Ok tu je jawapan-jawapan yang boleh saya bagi. Nak lebih-lebih tunggu part 2. Haha.
Sekian!

::Tabung Rumah::