::Tabung::

Wednesday, November 16, 2016

2nd Baby

Assalammualaikum

Tadi baru je settle appointment dengan doktor. Sekarang baby dah 36 minggu 5 hari. Doktor kata bila2 pun boleh bersalin dah. Scan tadi pun baru dapat tahu gender baby. In Sha Allah baby boy pulak kali ni. Berat baby pon dah 2.7kg. Kali ni baby besar sikit dari kakak dia. Kakak dia keluar dulu 2.3kg je. Sekarang pun baby tak songsang lagi, Alhamdulillah. Harap2 dapat bersalin normal lagi. and harap jugak baby boy keluar sama tarikh dengan kakak dia. 24November. Dapatlah sambut birthday sekali gus nanti. Jimat duit ibu. Hihi. Paling penting baby sihat masa lahir nanti dah cukup untuk ibu. Tarikh sama tu kira bonus je la. Kalau dapat tarikh tu jugak, Alhamdulillah.

Ok malas nak taip panjang2. Till we meet again. Bye~

Monday, October 10, 2016

Surat buat Auni.

Maafkan ibu, Auni.

Lately ni ibu selalu sgt angin dgn Auni. Ibu pun tak tahu kenapa ibu jadi macam ni. Padahal bukan salah Auni pun. Auni kecik lagi untuk buat ibu tension atau marah tapi ibu tak tahu kenapa Auni selalu jadi bahan tengkingan ibu. Ibu penat sebenarnya. Ibu terlalu byk sangat kerja kat rumah n office sampai tak larat ibu nak hadap sorang2. Last2 Auni jugak jadi mangsa. Nak menangis pun ibu dah penat sangat. Otak ibu rasa berat sangat nak tanggung semua benda sorang2 tapi nak tak nak ibu terpaksa jugak hadap sorang2. Nak harapkan siapa lagi? Hidup ibu,ibu lah kena handle. Takkan nak harap orang lain uruskan hidup ibu pulak?

1 tahun 10 bulan

Ibu harap sangat benda yang memenatkan ni cepat2 pergi dari hidup ibu. Ibu betul2 tak larat dah nak hadap semua masalah ni sbb yang jadi mangsa nanti Auni jugak. Ibu dah cuba untuk tahan diri ibu daripada marahkan Auni atau tengking Auni tapi ibu gagal jugak. Ibu pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab pembawakan budak plus ayah pulak tgh sakit skrg ni. Auni pun tahu kan ayah accident 2 bulan lepas sampai sekarang tak baik lagi. Ayah tak boleh bergerak byk sangat. Tulang kaki ayah patah. Doktor kata kaki ayah boleh sembuh tapi makan masa. Jadi sekarang ni, ibu jadi ibu dan ibu jugak jadi ayah. Semua hal ibu kena uruskan sorang2. Kalau dulu ayah ada untuk support ibu buat segala kerja rumah, beli brg dapur etc tapi sekarang ni ibu kena buat sorang2.

Ibu pregnant 30 weeks

Tak lama lagi Auni nak masuk 2 tahun. Ibu harap sangat kali ni ibu dapat plan birthday party untuk Auni walaupun simple je. Sebab tahun lepas pun bkn ibu yg plan birthday party untuk Auni. Semua nenek Auni yang buatkan. Ibu cuma belikan kek je. Tapi ibu tak tahu ibu sempat buat semua ni atau tak sbb kalau nak ikutkan due date ibu dah dekat sgt masa birthday Auni nanti. Masa birthday Auni tu, ibu dah 38 weeks, mmg dah tunggu masa je tu. Mungkin adik nak keluar sama tarikh dgn Auni. Siapa tahu kan?




Ibu nak Auni tahu, walaupun ibu selalu marahkan Auni tapi ibu tetap sayangkan Auni sebagai anak pertama ibu. Sampai bila-bila pun Auni akan jadi anak ibu yang paling manja, walaupun ibu ada anak lain masa tu. In Shaa Allah. Dan semoga dengan penambahan umur Auni yang kedua tahun ni, Auni akan menjadi seorang yang kuat untuk tempuhi hidup ygng mendatang. Jadi kuat macam ibu ye sayang, walaupun ibu tak kuat mana pun sebenarnya. Semoga Auni menjadi seorang yang patuh pada agamaNya, anak yang solehah dan beriman serta berjaya di dunia dan akhirat. Ibu akan doakan yang baik2 untuk Auni. Auni pun doakan untuk ibu ye.


Auni, ibu rasa baik ibu stop dulu kat sini sbb kalau ibu taip banyak-banyak,takut kerja ibu banyak tertangguh pulak. Kan ibu kata tadi,ibu banyak sangat kerja nak kena buat sampai Auni pun jadi mangsa tengkingan ibu kan. So, untuk mengelakkan Auni kena tengking lebih kerap lagi,baik ibu stop sampai sini dan buat kerja ibu yang banyak tertangguh ni. Erm entah apa2 je la yang ibu merepek. Okaylah bye.

Assalammualaikum.



Tuesday, September 27, 2016

Ruang Tamu Yang Belum Cukup Sifat

Assalammualaikum

Saja nak update latest pic ruang tamu rumah den. Masih kosong lagi walaupun dah 8 bulan pindah rumah. Nak tunggu mood datang baru boleh hias rumah. haha

sebelum


 selepas renovate

paling latest dan bersepah haha

Target nak tukar langsir sebab macam tak ngam je dengan cat rumahku yang color purple itu..k bye

ps: Hanya untuk rujukan pada masa akan datang sahaja. Bukan untuk show off. tq

::Tabung Rumah::