::Tabung::

Saturday, January 19, 2013

Preparation.

Assalammualaikum.

Erm,tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Keadaan akan menjadi kelam kabut lepas ni bila mana dalam masa lebih kurang sebulan dari sekarang,aku bakal bertukar status. Setelah 4 tahun berkenalan,akhirnya kami akan ditunangkan. Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Amin.

Org lain bertunang,preparation dorang sangat la dasyat. Tiga empat bulan sebelum majlis lagi dorang dah sibuk buat itu ini untuk majlis dorang. Aku ni apa pun tak buat lagi. Cukup ke masa sebulan ni untuk aku buat preparation sepenuhnya? Mana dengan doorgiftnya lagi,baju, mekap, kenduri bla bla bla. Alamak seramnya. Mungkin majlis tunang nanti,aku buat yang simple-sinple je. No pelamin-pelamin bagai. Duduk je atas lantai tu sarung cincin. Haha. Sebab kalau nak tempah pelamin pun,dah tak sempat dik oi. Manada orang nak terima tempahan lagi dah. Lain la klu awak sanggup DIY pelamin sendiri. :)

Gubahan hantaran pun aku tengah blur jugak ni. Sudahlah tangan aku dari dulu tak berseni. Siapa pulak lah yang bakal jadi mangsa untuk siapkan hantaran aku ni. Mintak tolong kawan-kawan je la nampaknya. Memandangkan ini adalah majlis tunang,jadi hantarannya lebih banyak benda-benda makan. Meh nak senaraikan apa yang aku nak bagi kat family belah sana nanti :-

  • Songkok
  • Kain satin (nak buat baju nikah)
  • Sejadah
  • Kek
  • Buah
  • Coklat
  • Kemeja
  • Tuala mandi
  • Sirih junjung
Cukup sembilan dulang. Jadi yang belah sana kena bagi 7 dulang sebagai balasan. Actually barang-barang ni semua dah beli siap-siap dah. Sebelum tarikh ditetapkan lagi. Haha. Gila semangat. Cuma barang makanan je yang belum beli lagi. 

Untuk doorgift, masih belum difikirkan nak bagi apa kat tetamu-tetamu semua. Tetamu yang datang pulak lebih kepada saudara-mara belah aku sebab abah n mak nak ajak adik beradik dorang semua. Pulak tu aku ni anak pertama yang bakal bertunang, so parent terlebih excited disitu. Family belah sana yang datang tak ramai pun,cuma 3 kereta. Aku rasa doorgift nanti nak bagi makanan je. Boleh makan, boleh kenyang dan senang hati. :)

Setakat ni,itu je yang aku terfikir. Ada apa-apa yang tertinggal ke?

::Tabung Rumah::