::Tabung::

Friday, November 30, 2012

Boleh dikatakan, aku baru nak mulakan hidup baru.

Assalammualaikum.

Ok lama gila tak update blog ni kan? Pasal apa tak update pun aku tak tahu. Nak kata takda masa, ada je. Nak kata busy, tak la pulak. Aish tak tahu la nak cakap macam mana. Rasanya zaman untuk aku berblog dah berlalu kot. (padahal dulu-dulu takda pun aktif berblog haha) Mungkin faktor umur turut menyumbang kepada keadaan ini. haha.

Lagipun bagi aku, umur 23, 24 tahun ni la masa untuk kita mencapai sesuatu yang kita pernah impikan masa kecik-kecik dulu (bukan masa nak berblog bagai). Tahap-tahap umur gini la masa yang sesuai untuk kita memperkukuhkan tapak kita. Mungkin kestabilan dari segi ekonomi dan juga sahsiah diri. Cewahhh. Tetiba rasa macam dah dewasa. Huhu. Tak sangka aku dah hidup kat dunia ni selama 23 tahun. Tapi aku tak tahu apa yang aku dah sumbangkan kat dunia ni. Rasa macam aku belum memulakan langkah untuk berbakti kat dunia ni. :(

Jadi, kau tahu maksud aku kan? Ayuh! BANGKITLAH!



*Meroyan malam-malam macam ni, itu perkara biasa. Sila abaikan entry ini.

Wassalam.



::Tabung Rumah::