::Tabung::

Sunday, June 24, 2012

Majlis berendoi a.k.a cukur jambul

Assalammualaikum.

Semalam pergi rumah member sorang ni. Abang dia ada buat kenduri untuk majlis cukur jambul anak dia yang baru lahir tu. Kalau tak silap baby tu baru je 4 bulan. Tapi saiz dia kecik sangat sebab lahir tak cukup bulan. Nak dukung pun tak berani tau. Jadi saya boleh tangkap gambar dari buaian dia saja. Kalau ikutkan memang nak sangat dukung dia. huhu. Nak praktis la katakan. hehe.


Time ni baby tengah tidur. hehe. Nampak tak muka kebahagian disitu. haha.


Sampai rumah member dalam jam 3 petang. Masa tu makcik-makcik kat taman perumahan tu tengah berzanji. Lepas mereka berzanji, baru la makan-makan. Dapat makan bihun sup yang yummy! memang sedap. Thank you Intan! hehe. Kalau nak buat kenduri lagi,ajak la aku. Comfirm aku datang. haha. 

And then, dalam pukul 5 saya dan kawan saya yang sama-sama pergi kenduri ni plan pergi tengok wayang. Tapi bila sampai kat Alamanda, tiket wayang kebanyakan pukul 7 lebih. Jadi, kami buat keputusan tak payah tengok wayang. Just pergi makan dan jalan-jalan je kat Alamanda. Sekarang ni tengah SALE uollll! Nasib baik takda duit. haha.


Ni jela yang mampu. haha. Tu pun kongsi dengan member. Sebab baru lepas makan kenduri kan. So perut kami kenyang lagi dan tak perlu kot makan banyak-banyak sebab boleh membuatkan bawah dagu jadi berlapis-lapis. haha.

Cukup saja untuk hari ini. Next time update lagi. Maybe, cerita kehidupan di UKM pulak. Actually,baru lepas packing-packing barang sebab esok kena daftar masuk UKM. Ececeh. I tak layak masuk UKM uolll. Masuk sana pun sebab ada kursus 2 minggu. haha. Aku ada, kau ada? :p

Ok bye!

Wednesday, June 20, 2012

Lagu Baru Ziana Zain ft Sohaimi Mior Hassan

Assalammualaikum.

Actually lagu ni baru ke? hehe. Ke saya yang baru nak dgr? haha. Tak kisah la apa-apa pun. Saya still nak kongsi jugak pasal lagu ni. Cekidut~


Tajuk lagu ni 'MISTERI CINTA'. Ok kat bawah ni ada lirik lagu ni. So korang hayati la ye. hehe. Best tau lagu ni. First time dengar memang dah jatuh hati dengan lagu ni. Lagu ni sebenarnya lagu lama tapi telah diberikan nafas baru oleh Ziana Zain. 



Kau bertanya pada aku

Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sini
Bagaimana harus kuhulurkan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawapannya
Andainya aku mampu gambarkan pada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan aku tulis novel cinta kau dan aku




Video klip ni rupanya Aizul Marcello punya company yang buat. haha. Ala, Aizul Marcello la. Blogger tu. Korang terjah sendiri la blog dia. Ok babai >_o






Thursday, June 14, 2012

Cerita kahwin kawan-kawanku.

Assalammualaikum.

Saya memang jarang update blog ni. Dan sekarang adalah masanya untuk saya update. Jadi baca apa yang saya bakal tulis. Mesti korang suka sebab saya nak cerita pasal kahwin. Korang kan memang suka bab kahwin-kahwin ni. haha. Saya pon suka. kahkahkah. Jadi, mari mulakan.

Untuk tahun ni je ada 2 orang kawan rapat saya yang mendirikan rumah tangga. Umur mereka sebaya dengan saya iaitu 23 tahun. Tapi ramai je kawan2 yang tak berapa nak rapat selamat kahwin jugak. Yang dah beranak-pinak pon ada tawww. Bilalah giliran tuan tanah pulak kan?haha. Lambat lagi rasanya. Ekonomi tak berapa nak stabil sekarang ni. Nak kahwin bukannya senang sekarang ni. Bak kata orang tua saya, kalau takda 10k dlm tangan,jangan harap boleh kahwin. Lagi-lagi pasangan tu nak buat majlis kat kawasan bandar. Terasa nak buat akad nikah je tapi apa pulak kata orang keliling kan?

Erm, jadi sebelum saya melalut ntah apa-apa kat blog ni, elok la kiranya saya mulakan cerita kahwin kawan saya ni. Pengantin ni jiran saya je. Kami tinggal satu taman tapi memang payah sangat nak jumpa sebab masing-masing sibuk kerja.


Ni adalah gambar sebelum nikah. Gambar terakhir sebelum pengantin sah jadi isteri orang. Lepas ni kena panggil puan la plak kan? Pengantin cantik sangat ok. Meh kita tengok lagi gambar2 yang lain.

 Yeay~ selamat dah jadi suami isteri. Semoga Zira menjadi seorang isteri yang solehah dan taat pada suami ye. :) Amin!

 Ni pulak gambar yang diambil ketika majlis kenduri belah perempuan. Gorgeous sangat pengantin time ni. Baju dia memang cantik sangat tau. Geram tengok. hakhakhak. 

Pengantin lelaki nampak macam nervous sikit. hehe. Malu la tuww.

Ada satu lagi kawan saya yang dah kahwin iaitu pada bulan 4 hari tu. Tarikh betul tak ingat pulak. hahaha. Member yang ni memang rapat sangat. Kalau keluar tiap2 minggu,mesti dengan dia ni. Tapi lepas dia dah kahwin, tak boleh la selalu keluar sama-sama lagi. huhu. Sedih kot!

 Owh kelihatan seperti kawan-kawan pengantin yang terlebih exited. haha. Memang pon!


Ibu pengantin perempuan dan lelaki pun tersengih je. hehe. comel pulak tengok diorang macam tu.

Aqilah,kau nampak gemuk la. haha. :p

 Gambar ni masa majlis resepsi. Dia nampak bahagia sangat kan? Satu yang aku nak cakap kat kau. 'Kalau kau bahagia, kitorang pun bahagia jugak' :)

Sempat lagi kitorang main suap-suap. Walaupun time ni suami dia ada kat sebelah. haha. 


Kerusi yang sepatutnya untuk 2 orang dapat diduduki seramai 5 orang. haha. Nak jugak duduk sempit semata-mata nak tangkap gambar berlima. haha. Koranglah kawan aku dunia akhirat wey. 

Kawan-kawanku, lepas korang dah jadi bini orang ni jagalah tingkah laku ye. Jaga nama baik suami. Jaga perut suami. Jaga-jaga. Jadi bini yang taat dengan suami ok. Kalau dia tak bagi keluar dengan kitorang, janganlah keluar. Lepas ni kitorang dah tak penting lagi dah sebab yang lebih penting adalah suami kau. Bukan kitorang. 

Hadis dari Aisyah yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

Bye!

::Tabung Rumah::