::Tabung::

Friday, January 27, 2012

Jom jawab soalan kat bawah ni dengan spontan!

Assalammualaikum.

Hari ni saya nak bersoal jawab dgn korang semua. Harap korang boleh luangkan sikit masa untuk jawab soalan ni ok. Actually, soalan ni saya dapat dari seorang kenalan kat facebook. Copy n paste je pon. Hehe. :)


JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging

Selamat menjawab! :D

Wednesday, January 11, 2012

Saturday, January 7, 2012

Sesi temubual bersama artis terkenal!

Assalammualaikum


Tak sangka dah tua tua camni pon still ada blogger yang sudi tag saya. Ingatkan daku sudah dilupakan. Hehe. Terima kasih sangat pada tuan blog arianaaiyanalife iaitu Miss Zuriana. Ok Miss Zuriana telah pon menyediakan 10 soalan untuk saya jawab sebagai entry kali ni. Jadi moh la kita tengok apa soalan soalan yang diberikan tu ye.


1.Antara makan dengan tido,korang paling suka buat ape,sebab ape paling suka?
2.Korang ade first sight love tak??Cinta pandang pertama..Kalau ade cite la skit..camna rasa mula2 terpandang..debor2 ke?hihi
3.Korang penah tak berangan-angan nak jadi glemer?sebab ape nak glemer tuu?
4.Sape idola korang?Knp?
5.Moto dan visi hidup korang ape??
6.Apa pendapat korang,kalau bakal anak korang jadi artis?
7.Apa perasaan korang,kalau Datuk Siti Nur Haliza ajak korang bergambar?? bukan korang ajak,dia yang ajak.ape perasaan?
8.Apa cita-cita korang masa tadika?
9.Kalau secret admirer bagi adiah kat korang?First thing yang korang pk ape ye?
10.Nak tanya ape ek, Korang rasa korang vouge x?Sebab rasa camtu?



Hah, amik kau. Jawab jangan tak jawab. Hehe. Masak den. Ok la tanpa membuang masa lagi meh la kita membaca jawapan-jawapan bg soalan yg diberikan ye.



1.  Antara makan dan tido saya lebih suka buat kedua-duanya secara serentak. eh eh, boleh ke buat serentak. keh keh keh. Sebenarnya saya suka buat dua-dua ni. Lepas makan, tidur. Lepas tidur, makan. Dan begitu la seterusnya. Lalalala.


2. First sight? Apa tuh? hehehe. Sebenarnya tak pernah rasa pon first sight bagai ni. Ber-sight2 ada la. Haha. Apapon, sangat jarang ok orang bercinta berdasarkan pandangan pertama ni. Pada masa sekarang ni, orang bercinta bila dah kenal hati budi masing-masing. Tak gitu? ni pandangan saya je. :)

3. Hehe. Susah nak jawab. Setiap orang ada keinginan masing-masing kan? Saya pon ada jugak. Nak glemer tu memang la nak. Tapi bukan la glemer macam artis ataupun glemer seperti Cik Epal, Irine Nadia dan sebagainya. Saya nak glemer atau dikenali di kalangan kawan-kawan dan keluarga. Maksudnya, jika saya buat sesuatu perkara tu, saya nak orang tahu yang benda tu saya yang lakukan. Pastinya perkara tu, perkara yang baik-baik la. Taknak la glemer sebab buat benda tak elok kan?

4. Idola saya semestinya ibubapa saya. Saya percaya, ramai yang memjadikan parent dorang sebagai idola. Sebabnya senang je. Kerana mereka, kita ada kat dunia ni.

5. Erk. Apa ye moto dan misi hidup? Setakat ni saya belum terfikir lagi untuk mencipta moto dan visi ni dalam diri saya. Yang saya tahu, saya nak hidup saya sentiasa diredhai dan berjaya dalam apa jua bidang yang saya tempuhi. Perjalanan hidup saya masih panjang lagi, jika hari ni saya belajar jurusan kejuruteraan dan ditakdirkan suatu hari nanti, saya menjadi sesuatu yang lari dari bidang saya sekarang ni, saya harap ada orang yang meredhai perjalanan hidup saya ni. Hehe.

6. Anak? Belum terfikir lagi. Tapi kan kalau emak dia tak berminat nak jadi artis, saya percaya anak saya pon tak berminat jugak. Hehe. Ibarat emak borek anak rintik la. Boleh camtu?

7. Perasaan tak terkata kot. Huhu. Kalau la betul-betul Datuk Siti nak bergambar dengan saya, saya akan tersenyum lebar sampai ke telinga la jawabnya. Ntah-ntah seminggu pon belum habis senyum. Haha.


8. Masa tadika dulu, saya nak jadi cikgu. Tak tahu kenapa cikgu. Mungkin sebab masa tadika dulu, yang dok tercongok depan mata adalah cikgu. Jadi, terus saja jadikan cikgu sebagai cita-cita. Haha. Bila dah besar ni, sikit pun tak terasa nak jadi cikgu. Haha.

9. 'Aku ada secter admirer ke?' haha.


10. Tak pun. Sebab I tak glamour. ;p


Ok tu je jawapan-jawapan yang boleh saya bagi. Nak lebih-lebih tunggu part 2. Haha.
Sekian!

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum.


p/s: Cerita tahun lepas. Masa ni dalam bilik asrama. Haha.

Tuesday, January 3, 2012

Koleksi: Uztaz Azhar Idrus

Assalammualaikum.

Hai semua! Apa khabar? :)

Hari ni saya nak cakap pasal sorang uztaz ni. Saya percaya,mesti ramai yang kenal dengan uztaz ni kan? Beliau memang banyak berceramah di merata rata tempat. Dan yang terbaru ni kat Dataran Shah Alam. Iaitu sempena sambutan Tahun Baru Masihi. Kalau tak ramai jemaah, bukan Uztaz Azhar namanya. :)


Tengok je la gambar-gambar kat bawah ni. Jelas menunjukkan yang Uztaz ni dah ada peminatnya sendiri. Hebat kan?




 *Gambar ni semua ihsan Google*

Kat bawah ni pulak saya nak kongsikan sikit apa yang saya tengok di Youtube iaitu ceramah yang disampaikan oleh Uztaz Azhar.



Kat bawah ni pulak, Uztaz Azhar jamming. Haha. Tak sangka uztaz ni berjiwa remaja. Hehe. Salute la dengan Uztaz. :)

Ok, sekian. :)

Monday, January 2, 2012

The contamination GA by killjoys

Assalammualaikum.


Masuk ni, dah 3 GA yang saya join. Kali ni saya di tag oleh Nur Emilya. Cantik nama dia. :)


Ok tanpa membuang masa,ni banner contest tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la klik pada banner ni ok sayang2 semua. :)






Oh, ye. Kalau korang nak tahu pemilihan pemenang adalah berdasarkan, penggunaan En.Random yang kacak lagi bergaya (bak kata tuan blog). Dan tuan blog juga akan blogwalking ke setiap blog dari masa ke semasa. Tarikh tutup GA adalah pada 2/2/2010 dan memilihan pemenang juga akan diadakan pada tarikh tersebut. Ok :)



Hadiah-hadiah yang ditawarkan pon sangat-sangat la menarik ok. iaitu:


SPONSOR ! (Stuff) :)

(2 pair Of Lens)
Dalisha Collection
(1x lens candy series)

 Misz Qhalis
(Topup 10) 
Misz Adel 

(fb topup rm5x3)

 
(1xMP3)
(3x necklace)





JSC

JSC
(inner/shawl/skirt)



Pearl Closet
Baucar Rm15 x 5
Baucar Rm10 x 5
Baucar Rm5 x 5

Kitty Shawl
Kitty Shawl
1shawls polka dot
20pcs pin cute collection

kbhoolan

1 x Inner neck

(2xPerfume 50 ml)


Wardrobe Collection
 
5 keping Rebate voucher bernilai rm20

Discount 10% for yr fan n friends


(Pelbagai Jenis Shawl)  

Annur Galery

Annur Galery
(shawl/inner neck/Long Dress)

MiszShida

(mouse pad/laptop cover)

 SSP
SSP
3x helai shawl plain (bright colour), 
1 helai shawl plain (ada jagit bunga),

1 shawl corak.


Sponsor ! (Blog Stuff)


Misz Ebell

(10 Bloglist)
 (5xdoodle)



Misz Elin

(2 header)

Misz Wany

(2header + 2banner)

Capital C

(3x edit Denim)(5xheader)

Misz Poison
(edit 2 denim)(10 bloglist)

 Miss Qaireen
(edit 2xheader)

Misz Inas
(rivew blog)


Menarik kan? Jom jom jom. Ramai-ramai kita join GA ni. :) dua orang yang saya nak tag ialah Cik M dan Adila.


Thats all. bye!

Sunday, January 1, 2012

Contest : Aku dan Dia

Assalamualaikum.




Ok join contest lagi. Kali ni 'Contest Aku Dan Dia' pulak. Contest ni senang je. Apa yang orang perlu buat ialah tepekkan gambar korang dengan barang kesayangan korang. See, senangkan. Juz sekeping gambar je. Bukannya dorang suruh buat yang pelik pelik pon. Hehe.




Ok, kalau korang nak join, sila la baca dulu syarat-syaratnya ye!

  • Firstly berwarganegara Malaysia.
  • Berumur : Tua dan muda pun bolehh . :D
  • Korang wajib follow blog Elianie(<--- blog ni) , Qila dan Ezzah untuk mengetahui perkembangan contest ini.
  • Korang hanya perlu submit gambar korang dengan membuat entry yang bertajuk "Aku dan Dia" 
  • Wajib tag 2 orang. Kalau lebih pun boleh(: *make sure dia orang tahuu tau (:
  • Hanya boleh bergambar dengan barang dan bukan org kesayangan :D   jangan letak gambar barang sahaja. MESTI ada orang(<---diri sendiri) sekali. contoh gambar:
nampak tu? Ada orang dan barang kesayangan :)
  • Oh ya! kau orang WAJIB LIKE FANPAGE kita orang. Ini adalah supaya kau orang senang nak tahu perkembangan lanjut. Chett! 
  • Submit link entry korang kat fanpage post ini supaya kiteorg boleh tgk gambar tersebut.
  • Entry yang tidak boleh dibuka atau bermasalah akan direject serta merta . 
  • Haa! lagi satu! kalau contestant kurang daripada 5 orang sebelum 4 FEBRUARI 2012, kita orang akan cancel contest ni serta merta.
Haiihh , sorrylah banyak sangat syarat dia tapi senang je kann?  Nak tahu pasal hadiah pulak eh . Kita orang bermodalkan ciput ni haha :D akan memilih 5 pemenang yang berhak sahaja . 
  • 1st- TEDDY BEAR .
  • 2nd- Topup RM 10
  • 3rd- Topup RM 5
  • Saguhati - 2 org yang bertuah mendapat RM 3
OKAY, TARIKH TUTUP CONTEST INI adalah pada : 11 MARCH 2012 Terima kasih(:  segala pertukaran akan diberitahu dari masa ke semasa . Haha :D Kboii for now (:


Ok, kat atas ni saya amik sebijik-sebijik apa yang tuan blog post. hehe. Dan 2 orang yang bakal saya tag ialah Nurinda dan Teesaz. Gambar yang saya nak pertaruhkan pulak ialah
|
|
|
|
|
|
|
|
|




Ok. ini adalah gambar saya dengan barang kesayangan saya iaitu telefon Galaxy Mini. Ok. Barang ni mungkin biasa-biasa je buat uoll. Tapi bagi saya, tanpa telefon ini saya rasa macam dunia ni tak lengkap ok. Actually, dengan telefon ni la saya boleh gunakan untuk update blog saya (kadang-kadang), ber-FB, ber-Twitter dan macam-macam lagi. Dan paling utama, saya gunakannya untuk hubungi orang kesayangan saya sebab tu dia jadi barang kesayangan. :)



Sekian saja. Bye~

Kalendar 2012

Assalammualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan dengan korang, kalendar tahun 2012.




Pada sesapa yang nak usha-usha cuti tu boleh la rujuk kalendar kat atas ni ye. Mana la tahu kot-kot korang nak pergi bercuti ke apa ke kan. Boleh la standby awal-awal tarikh yang sesuai. Hehe.


K la babai. :)

Happy Anniversary yang ke-2 :)

Assalammualaikum.


Mesti korang tertanya-tanya anniversary ke-2 siapa yang saya maksudkan ni kan? hehe. Kalau korang tak tertanya-tanya pun, saya still nak gunakan ayat "mesti korang tertanya-tanya" tu jugak! huh. Ok. Blog saya ni.dalam sedar tak sedar dah 2 tahun pun usia dia. Banyak juga perubahan yang telah saya lakukan terhadap blog ni ye.Salah satunya, header blog ni. Rasanya adalah jugak 5,6 kali saya tukar header ni. Huhu. Header yang sekarang ni pun, saya baru tukar semalam. Hehe. Harap harap dapat bertahan lama. Header simple je. Saya tak reti photoshop. *malu*


Selain tu, background jugak dah bertukar beberapa kali seiring dengan berapa kali saya tukar header. Hehe. Yela, nak nampak matching antara satu sama lain mestilah kene tukar header dan background serentak kan. Kalau tak nanti cacat la pulak. Huhu. Walaupun saya tahu, blog saya ni bukannya cantik sangat pon. Dah matchingkan header dengan background pun still nampak macam biasa-biasa je. Huhu. Sedih~


Agak-agaknya macam mana la orang lain boleh menjadikan blog mereka nampak macam WOW! Kadang-kadang saya malu dengan blogger-blogger baru. Walaupun dorang masih baru tapi blog dorang lagi hebat dari blog saya ni. Agak-agak, korang boleh kongsi tak tips-tips korang kat AKAK nih! :D Kalau tak boleh, takpe la. Nak merajuk  -_-'




Ala,kalau korang ada apa-apa yang nak kongsi dengan saya,jangan la segan bagitahu ye. Saya nak jugak rasa hebat macam you all. :) Orang kata sharing is caring kan?


Erm, saya harap dengan penambahan usia blog saya ni dapatlah saya belajar dengan lebih mendalam lagi selok belok dunia blog ni. Semoga dengan kedatangan tahun baru 2012 ni juga dapat memberikan semangat baru dalam diri saya untuk terus menjadi seorang blogger tegar. Dengar tu, TEGAR ok! haha.


Ok sekian dari saya. Babai~

Oh ye. 
Kalau korang sudi, LIKE la page FB saya ye. 
Budi baik korang, Allah je yang membalasnya. 
Thanx. 

::Tabung Rumah::