::Tabung::

Thursday, May 26, 2011

J-Card Member Day - Jusco Ayer Keroh Melaka

Assalammualaikum.


Hai semua, apa khabar? Sihat Tak? Hari ni saya nak cerita sikit pasal J-card day yang akan diadakan esok. Yup yup esok ok. Jadi sapa-sapa yang rasa dia orang Melaka, mari kita beramai-ramai pergi Jusco Ayer Keroh ye. Kalau ada jodoh boleh jumpa kat sana. ngeh~ 






Paling best kalau shopping kat Jusco ni, korang boleh redeem voucher kalau korang berbelanja lebih dari RM100. Best tak? Pastu, nak lagi best siapa-siapa yang dah ada Jusco Card, korang boleh dapat diskaun sampai 70% kalau tak silap. Ni special untuk yang ada Jusco card je. Kalau takda kad pun still dapat diskaun gak tapi takda la sampai 70% kan. Setakat 15-30% tu boleh ler.. Hehe. Gurau je.


 Aish, tak sabarnya nak pergi Jusco esok. haha. So jumpa kat sana. 

k Bubye!

Wednesday, May 25, 2011

Dear Haffiz : Thousand Followers Bloglist!

Assalammualaikum!

Sekarang ni banyak betul blogger yang buat segmen bloglist ni.
Rasa macam rugi la plak kalau tak join segmen ni.
Jadi apa kata?



Apa kata kita ramai-ramai join Dear Haffiz : Thousand Followers Bloglist!.
Tak rugi apa-apa pun cik non oiii.
Malahan boleh dapat trafic free lagi.

Segmen ni ada 5 kategori ye. Korang boleh pilih mana-mana je kategori yang korang nak.
Saya pilih kategori Blog Mahasiswi Pilihan.
Sebabnya saya seorang mahasiswi. 


So,apa tunggu lagi!!
pergi la terjah blog Dear Hafiz ni untuk tahu lebih lanjut lagi ok.

bubye~

Tuesday, May 24, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Assalammualaikum



Buat pengetahuan semua, ABGTEROR sekarang ni tengah buat satu segmen yang dineri nama Tanah Tumpah Darahku. Segmen ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama blogger yang berada dekat dengan diri kita tanpa kita sedari. Blog-blog yang menyertai segmen ini akan dibahagikan mengikut negeri masing-masing. Dan hanya terhad pada 500 pernyertaan pertama sahaja. Jadi, CEPATTT!!!


Sebelum itu, ada soalan yang perlu dijawab untuk anda melayakkan diri anda kedalam segmen ini.. :) Soalannya ialah:


1. Dimana anda dilahirkan?

Saya dilahirkan di Hospital Besar Melaka.

2. Dimana anda dibesarkan?

13 tahun di Kuala Lumpur. 9 tahun di Puchong Selangor.

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.

Sukacita dimaklumkan, saya memilih Melaka sebagai negeri pilihan saya. :)

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.

Memandangkan segmen ni dinamakan Tanah Tumpah Darahku jadi adalah menjadi suatu kemestian jika saya memilih Tanah Tumpah darahku sebagai negeri pilihan. Tak gitu? Lagi satu nak bagitahu, Melaka tempat paling best pernah saya jumpa. tehee~ Nak kata aman dan makmur pun boleh jugak. :p Kalau nak buat photoshoot pun boleh, kat Melaka memang banyak tempat menarik. :D

k bubye~

Lagu baru Elyana - Sewaktu Dulu-dulu

Assalammualaikum.

Meh-meh sini semua. Hari ni saya nak share sikit pasal lagu baru Elyana yang tengah mengandung ni hah.



Firts time dengar lagu ni sebenarnya. Not bad la. Enjoy~
bubye.

Wednesday, May 18, 2011

Bandar Bersejarah Melaka

Assalamualaikum.

Hari Isnin hari tu saya pergi bandar Melaka dengan adik saya. Kalau pergi ke Bandar bersejarah ni, mesti kita takkan melepaskan peluang untuk merakamkan sejarah kita pulak kan? sama macam saya, sampai je sana terus buat photoshoot. Hehe.


makan-makan dulu sebelum berjalan.





Panas tahu tak.


time ni kat Bukit St Paul.


Mintak tolong orang untuk capture gambar ni. Hehe.


Adik saya dan saya.





Tapi kami pergi sana bukan untuk photoshoot je ok. Kami pergi tengok wayang citer Fast n Furious 5. Memang best sangat. Sangatlah rugi sapa yang tak pergi tengok tu. :) Esok macam nak pergi Dataran Pahlawan sekali lagi sebab esok Movie 'NUR KASIH' pula yang keluar. Rasa macam tak sabar nak tengok citer tu sebab sekarang ni kalau pergi mana-mana, mesti ada yang cakap pasal Nur Kasih ni. Tengok thriller filem pun macam best sangat. Kan?

p/s: Bulan ni banyak wayang best-best la. :)

Saturday, May 14, 2011

Pihak Blogger mintak maaf atas kesulitan.

Assalammualaikum.

Berikut adalah petikan yang di'copy' dari blog buzz.blogger.com.



"What a frustrating day. We’re very sorry that you’ve been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours. We’re nearly back to normal — you can publish again, and in the coming hours posts and comments that were temporarily removed should be restored.  Thank you for your patience while we fix this situation.  We use Blogger for our own blogs, so we’ve also felt your pain.

Here’s what happened: during scheduled maintenance work Wednesday night, we experienced some data corruption that impacted Blogger’s behavior. Since then, bloggers and readers may have experienced a variety of anomalies including intermittent outages, disappearing posts, and arriving at unintended blogs or error pages. A small subset of Blogger users (we estimate 0.16%) may have encountered additional problems specific to their accounts. Yesterday we returned Blogger to a pre-maintenance state and placed the service in read-only mode while we worked on restoring all content: that’s why you haven’t been able to publish.  We rolled back to a version of Blogger as of Wednesday May 11th, so your posts since then were temporarily removed. Those are the posts that we’re in the progress of restoring.

Again, we are very sorry for the impact to our authors and readers.  We try hard to ensure Blogger is always available for you to share your thoughts and opinions with the world, and we’ll do our best to prevent this from happening again.

Posted by Eddie Kessler, Tech Lead/Manager, Blogger


Nasib baik korang mintak maaf. Kalau tak, hah! kalau tak, aku sekeh sorang-sorang. Ececeh, macam la berani sangat kan. Hehe. 

Thursday, May 12, 2011

Hitler marah gula-gula?

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ni korang tengok Hitler marah pasal kes remaja comolot atau Hitler marah sebab Filem 2 alam tak capai target. Kali ni korang boleh tengok video Hitler marah kumpulan Gula-gula pulak.





Mungkin lepas ni banyak lagi video Hitler yang bakal ditayangkan. Dan dengar citer, Hitler marah 24:7, gula-gula dapat nama telah pun disiarkan. Enjoy~

kuekkuekkuek...

Monday, May 9, 2011

Jalan sorang-sorang kat Masjid India, Jln TAR dan Pasar seni.

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya baru je balik dari KL. Jalan-jalan. Sekarang ni kan tengah cuti sem. So, syiokkkkkkk jugak la jalan sorang-sorang kat KL tuhhh! Tapi kan tapi kan bukan setakat jalan-jalan biasa je tau. Jalan-jalan ada makna la koranggggg.. Hehe

Kalau dh sampai KL tuhh, mestilah saya akan buat apa yang pari-pari para-para perempuan selalu buat kan??? Apa dia? cer teka cer teka?? Haha. Shoping la apa lagi kan?? Kali ni tak banyak pun beli barang. Tiga helai shawl, sehelai Blouse dan Tali pinggang baruuuuu.. Haha.

Meh meh meh. Nak kongsi sikit apa yang saya beli tadi. Korang tengok je la eh. hehe.


handbeg kat tepi-tepi tu bukan ye.. Takda kena-mengena pon dalam ini cerita..


Kalau nak shopping, saya memang suka sangat shopping kat KL. Sebab kat sana baju-baju sume murah gileeeee.. Lantak la takda brand sekalipun. Yang penting, bila kita pakai baju tu, rasa selesa je kan. Korang setuju tak?

Pastu, singgah kejap kat Mydin. Adalah beli barang sikit-sikit. Lepas keluar Mydin, terus pergi Pasar Seni jalan kaki. Kat Pasar seni pulak, just tengok-tengok je. Takda beli apa-apa pun. And then, saya balik rumah naik bas Rapid. Kehkehkeh. Naik bas tau koranggggg. Takda maknanya nak naik keta bagai. Saya bukan orang kaya pun. Hehe.



p/s: Ingat nak balik kampung la. Ermmmm...

Saturday, May 7, 2011

Bila si Ayah ada Facebook.

Assalamualaikum.

Ni cerita lama tapi saya tetap nak cerita jugak. Huhu. Takda idea nak tulis entry sebenarnya sebab tu tulis cerita-cerita lama ni. Ekekeke. 


Bila ayah2 kita ada akaun facebook sendiri,korang rasa apa yang dorang akan buat dengan facebook dorang tu? Macam ayah saya, komen-mengomen tu ofcoz la kan. Tapi ada yang lebih menarik perhatian saya, bila ayah saya dan kawan2 ayah saya beramai-ramai memeriahkan wall masing-masing dengan pantun. Pantun! U know Pantun?


Yeah~ masa mula-mula baca wall ayah saya memang terkejut jugak la. Tapi bila dah lama sikit tu baru la boleh biasakan diri ni. Ceh macam apa je nak kena biasakan diri. Hampeh~ takda la, kadang-kadang macam tak percaya pun ada sebab boleh dikatakan setiap komen-komen yang dibalas tu,semuanya adalah PANTUN! OMG!


Orang-orang lama ni memang berbakat kan? Saya sendiri pun pernah je tulis pantun kat wall tapi tak mendapat sambutan pun. Haha. Kawan-kawan dalam FB sume macam blur je nak kena balas pantun bagai. Kalau bawak ayah2 kita pergi pertandingan berbalas pantun, comfirm boleh menang kan? Haha.
Ok! Kat sini saya nak kongsikan dengan korang hasil pantun ayah saya. Time takda ilham pun still boleh berpantun lagi. T____T


Malam kian larut,
Bulan tak mengambang,
Bintang tak berkerdipan,
Rasa senak perut,
Ilham kian menghilang,
Kita sambung tahun depan.

Beli ubi di kedai mak bidah,
Untuk dibuat sarapan pagi,
Ku tepuk sudah ku tanya sudah,
Sampai sekarang ilham tak datang lagi.

Layang-layang terbang melayang,
Terbang melayang disambar helang,
Ku cuba layan tak berkumandang,
Dimana semua terus menghilang.

hah,kalau uoll still tak caya, uoll boleh tengok gambar2 kt bawah ni. Dan klik gambar untuk tumbesaran ye.


Caya ke tak caya. ternyata disitu ada 56 komen. Semuanya adalah sesi berbalas pantun antara ayah saya dgn kawan2 dia.



 
Ni plak pantun-pantun yang dibalas oleh kawan2 ayah saya dan ayah saya.

So, ada sapa-sapa yang nak berbalas pantun dengan saya?? hehe.

Friday, May 6, 2011

Tips nak achieve impian.

Assalammualaikum readers!


Hari ni saya nak kongsi sikit pasal impian yang saya nak capai tapi still belum tercapai sampai sekarang!! Kalau ikutkan, impian saya ni banyak sangat. Nak listkan satu-satu segan la plak sebab impian tu ada yang macam mengarut sikit. hehe. Jadi adalah baik jika kita fikirkan sama-sama macam mana nak achieve impian yang telah kita bina tu?


So, apa kata korang? macam mana korang nak capai impian korang tu? dengan hanya petik jari je korang boleh capai ke impian tu? nehi,nehi,nehi!! Tak boleh babe. Lain la kalau korang ni anak orang kaya atau pun seorang yang bekerjaya dimana impian korang sekadar inginkan barang-barang atau gadget atau aset yang mahal-mahal tu. Kalau benda-benda ni semua, memang korang senang nak dapat la kan? Tiada yang mustahil kata orang.


Tapi macam mana pulak kalau impian korang, nak bahagiakan orang sekeliling korang seperti parents, kekasih, suami atau isteri. Ataupun impian korang, nak dapat result yang cemerlang dalam exam. Boleh ke korang dapat senang-senang macam tu je?? Tak boleh kan? Orang kaya pun susah nak capai impian yang seperti ini tahu tak?


Sebagai contoh, kita nak dapatkan keputusan yang gempak dalam exam, jadi apa yang kita perlu buat ialah belajar. Tapi cukup ke kalau kita belajar je? Belum cukup lagi tu. Lepas belajar, kita kena buat ulangkaji pulak iaitu buat latihan banyak-banyak supaya kita dapat mantapkan lagi pengetahuan yang kita ada tu. Bila dah mantap, barulah kita boleh jawab soalan-soalan dalam exam dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Ecehhhh. Tak gitu?


Apa yang kita buat ni semua namanya adalah USAHA! Tanpa usaha, susah kita nak berjaya atau capai impian kita tu. Walau apa sekalipun impian kamu, usaha itu adalah kuncinya. Dan lepas dah usaha, barulah kita boleh berdoa dan tawakal.


Eh eh mana impian yang saya kata nak KONGSI masa awal-awal perenggan tadi ek?huhu. Lupa plak nak kongsi dengan korang. Actually, impian saya simple je. Saya nak berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. That all. (: Nampaknya, saya pun kena usaha lebih la lepas ni sebab banyak lagi perkara yang saya kena buat untuk saya berjaya.

::Tabung Rumah::