::Tabung::

Friday, April 29, 2011

Apasal kau nak study last minute??

Assalammualaikum.



Horray! Akhirnya habis jgk exam yang membuatkan ramai student rasa macam separuh mati bila kena studi balik dari awal topik pembelajaran sampai topik paling last dalam silibus. Alhamdulillah. Bagi yang dah prepare awal-awal tu tak apa la kan, mesti dorang tak sabar-sabar nak ambil exam. Hehe. Tapi yang selalu studi last minute tu macam mana plak??


Macam saya ni, memang suka studi last-last minute. Salah satu sebabnya, saya ni pemalas. Haha. Masa mula-mula masuk sem, memang malas gila nak bukak buku semata-mata nak buat revision. Yang saya tahu, nak enjoy, enjoy dan enjoy. Biasala tu kan. Kadang-kadang kalau lecturer nak buat kuiz pun, saya still malas nak refresh balik apa yang dah saya belajar sebelum ni.


Penyebab seterusnya, feel nak exam tu tak sampai lagi. Saya kena tunggu time betul-betul nak exam baru boleh studi habis-habisan. Tapi nasib baik, kami ada masa 2 minggu untuk studi week. Jadi, masa ni la saya akan studi betul-betul. Kadang-kadang tak sempat pun nak habiskan semua silibus. Tapi still boleh catch up lagi la. Bak kata orang, 'Study smart but don't study hard'. Haha.  Betul ke pepatah ni? huhu.


Sebab ke-3 pulak, jenis manusia macam saya ni agak pelik sikit la. Tapi rasanya ramai yang sama macam saya kot. Saya suka studi last minute ni sebab kalau exam tu melibatkan teori semata-mata tanpa sebarang bentuk pengiraan adalah lebih baik kalau saya studi last minute supaya apa-apa ilmu yang dah saya hafal tu tak hilang. Senang cerita, saya ni cepat lupa. Jadi bila studi last minute, takda la lupa sangat benda yang saya belajar tu. Kalaulah saya studi awal-awal, rasanya 80% ilmu yang saya belajar tu, hilang macam tu je. Mungkin sebab ilmu tu tak disimpan dalam memori primer(kekal). hehe.


Rasanya tu jela sebab-sebab yang terlintas kat kepala otak saya buat masa ni. Pada sesiapa yang selalu studi last minute tu, ce korang kongsi dgn saya 'kenapa korang nak studi last minute?'. Korang rasa, ok ke kalau studi last-last minute ni? Bagi saya sendiri, studi last minute ni tak salah kalau kita pandai nak bahagi-bahagi masa atau buat jadual sepanjang study week tu. Tapi jangan lupa, study last minute ni pun ada keburukannya.


Kalau kita nak result yang bagus dalam exam, lebih baik kita belajar betul-betul. Jangan ikut saya yang suka studi last minute ni. Penat tahu tak! seksa diri je studi last minute. Tidur tak cukup, makan tak sempat, nak update blog pun susah. haha. Tapi nasib baik semuanya dah berakhir. Lega la sikit. Then sekarang ni saya dah start bercuti. Dua bulan pulak tu. haha. Happy-happy!! :D

k babai~

p/s: berdebar nak tengok result sem ni. huhu 

Tuesday, April 26, 2011

Syukur dengan apa yang DIA beri.

Assalammualaikum.

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita tak dapat pun apa yang kita nak kan?

Semalam, saya dapat result latihan praktikal saya. Kawan-kawan semua dapat result gempak. Semua cemerlang. Saya? hanya setakat lulus je. Apa-apa pun Alhamdulillah sebab masih lulus. Saya still dapat teruskan pengajian sampai habis. Harapan saya pada mulanya inginkan result yang cemerlang sama macam kawan-kawan saya tapi tak dapat nak buat mcm mana kan? Nak menangis pun takda gunanya. Benda dah lepas mana boleh undur balik dah.

Apa yang saya dapat hari ni, mengambarkan apa yang saya buat sebelum ni. Mungkin masa latihan tu, saya tak buat kerja dengan betul ke tak tahu la. Tapi apa yang saya tahu penilaian majikan pada saya, ok je. Takda pulak bagi markah rendah-rendah. Dan sesi temuduga dengan pensyarah pun takda masalah. Buku laporan pun ikut format yang betul. Dimana silapnya,saya tak pasti.

Mungkin sebab saya banyak menyusahkan pensyarah bila saya buat keputusan untuk menukar tempat latihan industri. Pertukaran ini dibuat bukan atas dasar suka-suka. Pensyarah sendiri yang mencadangkan untuk saya menukar tempat latihan kerana company yang pertama seperti tidak sesuai dengan jurusan yang saya ambil. Sepanjang membuat urusan pertukaran, mungkin terjadi salah faham diantara syarikat saya bekerja dengan pihak Politeknik. Dan yang menjadi mangsa adalah saya. Jadi pada sesiapa yang nak mintak tukar-tukar tempat tu, pikir la 2,3 kali sebelum buat keputusan, kalau tak nanti jadi macam saya. ngee

Ok. Sekarang ni saya nak lupakan semua yang berkenaan latihan industri sebab sekarang ni musim peperiksaan di Politeknik. Jadi saya nak result saya untuk sem ni adalah yang terbaik dari sem-sem lepas. Saya tak nak jadi macam sem lepas lagi. Memang saya meletakkan harapan yang tinggi untuk sem ni. Kalau kita berusaha,berdoa dan tawakal, InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita nak. So wish me luck!




p/s: Tak sabar nak balik rumah dan bercuti selama 2 bulan. :)

Sunday, April 3, 2011

Review: Blog Paan oo.

Salam semua.

Kenapa saya pilih dia?
Because he's cute.. ececeh.. Gatal naa.. Haha.. Ok2 sebabnya dia adalah follower saya yang ke-500. Jadi saya rasa saya patut bagi penghargaan pada dia. Perhargaan je yang mampu. Nak bagi hadiah tak mampu la pulak. Huhu.

Ok2. Blog Paan ni simple je tapi cantik. Dan kemas. Tak semak mata memandang n cool. Hehe. Paan kata dia merupakan student PSIS tahun akhir dan dalam sem akhir jugak. Kiranya dah nak grad la ni. Tahniah2.

So pada kawan-kawan semua, sila-sila lah terjah blog Paan ye. Comfirm korang takkan menyesal sebab kat blog dia banyak tips dan nasihat. :)




Sekian terima kasih.

Pagi ke pasar. Petang ke UM.

Assalammualaikum.

Hari ni hari ahad. Kalau kat shah alam ni, masuk je hari ahad, mesti ramai yang berpusu-pusu nak pergi pasar karat. Macam tu jugak la dengan saya. :) Lebih-lebih lagi, awal-awal bulan cam gini. Mesti ramai yang nak beli barang dapur, shoping sikit-sikit, jalan-jalan cari makan dan sebagainya.

Kalau student macam saya ni, benda paling best buat kat pasar tu window shoping ler. Nak beli-belah duit xda. Makanya, tengok jela orang membeli-belah. Huhu. Tapi, hari ni saya pergi dengan tujuan lain. Tujuan saya nak membeli belah. :)

Saya beli skirt. Skirt labuh. Skirt yang kembang tu. Bila pakai takda la nampak ketat sebab die kembang. Bila kembang, nampak la berisi sikit. Tapi saya beli warna putih sebab warna tu je yang memukau mata saya. Nak tengok? hah, nak tak nak kena tengok jugak. Peduli apa.


Ok, habis cerita pasal skirt. Sekarang ni nak citer pasal UM plak. Tadi ada pelancaran Kelab TAHA@UM. Dan kami dijemput untuk memeriahkan suasana. Eceh. Apa yang best kat pelancaran ni, mereka turut mengadakan karnival serta Chocolate Fair. Ok pada sesiapa yang nak pergi sana, dipersilakan. Karnival ni diadakan pada 2 hingga 5 April 2011. Masih ada 2hari lagi untuk kamu kamu dan kamu memeriahkan suasana. hehe. So, marilah beramai-ramai ke karnival anjuran kelab TAHA@UM. *wink*


Akhir kata dari saya, SAYANGILAH KUCING. xde kene mengena.


Kisah G-ja Bersama Family.

Assalammualaikum wahai sahabat semua.

Kalau sebelum ni saya bercerita pasal aktiviti saya masa kat Poli, hari ni saya nak cerita aktiviti saya dengan keluarga pulak. Tak banyak pun aktiviti yang kami lakukan bersama tapi adalah sikit-sikit. hehe.

Saya ni jarang balik rumah, boleh dikatakan paling kerap pun 2minggu sekali. Jadi, bila dah balik rumah tu pandai-pandai la luangkan masa ngan famili. Rumah saya dengan Poli takde la jauh mana. Sebenarnya memang tak jauh pun. huhu. Setakat Puchong-Shah Alam apa la sangat kan. Tapi disebabkan susah nak cari transport dan sedikit ke-busy-an, jadi nak balik rumah tu mmg liat la sikit. huhu.

So,baru-baru ni time saya ada kat rumah mak saya ajak saya makan seafood kat Restoran Nelayan. Bukan famili kami je tapi ada jiran-jiran lain yang join. Kami bergerak dalam pukul 8.30 mlm dan sampai kira-kira setengah jam kemudian. Sampai-sampai je kami terus ambil makanan dan makan..hehe. Nampak sangat lapar.

capture gambar dulu sebelum melantak..

ni la dia..bukan main lapar lagi..

muka kenyang je masing-masing..

ngeh~
 lepas makan kat Restoran nelayan, kami jalan-jalan sekitar KL. Singgah kejap kat Dataran Merdeka, tengok kanan tengok kiri, pastu balik. haha.
capture dari dalam kereta je..

dataran merdeka..


Selamat malam korang.

Aktiviti Si YDP.

Assalammualaikum semua.

Sejak dua menjak ni, saya selalu busy. Kadang-kadang berhari-hari saya tak online. Jadi disini saya nak cerita sikit apa yang saya buat sampai tak sempat nak BW dan update blog. Aktiviti ni semua membabitkan saya dan Jawatankuasa Pewakilan Pelajar(JPP). Saya akui sejak join JPP ni, saya sentiasa sibuk. Tak kisah la kerja apa yang saya buat. Yang pastinya tiap-tiap minggu mesti ada je keje yang kena saya lakukan. Tu sume memang tugas saya. Nak bantah memang tak boleh. Jadi redha je la. :) So jom!

Aktiviti 1: Kem Kepimpinan
Tempat: Nur Lenbah Lenggong, Perak
Tarikh: 18-20 Februari 2011


Tetiba rasa nak jadi superman..huhu.. Saya kat atas senyum,member kat bawah tu nangis..hehe
Masing-masing sibuk berbncang tentang aktiviti yang nak dibuat sepanjang 2011..

Aktiviti night walk..

siap landing lagi..huhu

Tengok kartun bertudung hijau tu..hehe..nampak sangat tak mandi pagi..time ni nak senam ye..

aktiviti-aktiviti lain kat bawah ni ye..



Aktiviti 2: Simposium Dilema Melayu
Tempat: Dewan Tun Razak 4, PWTC
Tarikh: 12 Februari 2011

Aktiviti 3: Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa
Tempat: Dewan Plenari, PICC
Tarikh: 11 Mac 2011

Aktiviti 4: Majlis Halatuju dan Peranan Pelajar Bersama PSA
Tempat: Dewan PSA
Tarikh: Tak ingat..ngeh~

Aktiviti 5: Perasmian Kelab TAHA@U
Tempat: PSA
Tarikh: 22 Mac 2011

Aktiviti 6: Meeting mingguan
Tempat: Bilik gerakan JPP
Tarikh: Setiap mlm Ahad

 p/s: gambar banyak tapi lambat gila nak upload..maybe next time..:)
p/s: minggu ni leh update blog coz tengah study week.








Friday, April 1, 2011

Review 'OI BANGUNLAH OI'.

Assalammualaikum readers!

Hari ni saya nak buat review pasal buku motivasi tulisan Dr HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ. Apa yang menarik tentang buku ni?



Buku motivasi yang diterbitkan oleh Grup Karangkraf ini banyak memaparkan kisah-kisah benar yang terjadi di dalam masyarakat umum pada masa ini. Buku yang mempunyai 316 muka surat ini dapat memberikan impak positif pada setiap orang yang membacanya. Saya percaya, dengan membaca buku ini, banyak cerita yang boleh dibuat pengajaran dan teladan pada kita semua. Dengan harga yang sangat murah iaitu RM10, pasti ramai yang mampu memilikinya.

Kisah-kisah yang dipaparkan dapat menaikkan semangat seseorang untuk terus berjaya dalam hidup. Saya sendiri sudah membacanya dan olahan ceritanya sangat superb! :)

Bagi mereka yang suka membaca, saya cadangkan anda beli dan baca sendiri buku motivasi ni. Anda pasti takkan menyesal. :)

::Tabung Rumah::