::Tabung::

Saturday, November 27, 2010

Release-kan tension anda!

Assalammualaikum

Sapa yang tension, sila angkat tangan!! Okey aku sorang je yang tension. Actually, baru lepas tension. HAHA. Boleh cam tu? Aku baru siapkan report latihan industri yang kena hantar 29hb November ni. Pensyarah kata buat 80 muka surat dan keatas. Laporan aku 82 muka surat. HAHA. Kira ok la tu kan? Tapi bila tanya member-member, semua buat lebih dari 100 muka surat. Itu yang buat aku tension tu. Tetiba terfikir kenapa aku tak boleh buat lebih dari 100 page. Ada lagi ke yang aku lom masukkan dalam laporan tu? Pada aku, nak cukupkan 80 muka surat ni pun punya la seksa. Tapi Alhamdulillah sebab aku dapat capai target tu.

Lepas ni apa nak jadi pun jadi la. Aku rasa aku dah buat sehabis baik dah, sampai nak ber-blogging pun tak sempat tau. HEHE. Sekarang ni pun curi-curi update entry sementara tunggu laporan-laporan tu siap print. Terhegeh-hegeh pulak la printer ni kan. HAHA.

Tapi kan dalam tension-tension pun, aku still rasa bahagia. HAHA. sebabnya aku dah tamatkan latihan industri aku dengan jayanya. Jaya ke? HUHU. Apa-apa pun, bila aku dah berjaya habiskan latihan ni bermakna aku boleh pergi ke peringkat yang seterusnya. Lepas semuanya settle nanti, aku akan jadi pelajar semesta lima. HAHA. terserlah sifat bongkak aku disitu ye.

Harapan aku untuk semesta yang akan datang ni pulak, aku nak target anugerah ketua jabatan lagi. ni nak kena belajar betul-betul ni. tak boleh main-main lagi dah. SERIUS. Harapan dan impian aku tinggi u know? Aku tak nak gagal lagi. Aku kena berusaha!! Yeah~

"Akhirul kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyumbangkan sebarang bantuan demi untuk menyiapkan laporan latihan industri saya ini."


ayat terakhir dalam Penghargaan laporan aku. HAHA. 
k bubye!

Monday, November 22, 2010

Pernikahan Elyana & Khairul

Assalammualaikum.

Video pernikahan Elyana & Khairul. Sangat sweet n sempoi. Good job CST Production.



Sekian.

Wednesday, November 17, 2010

Hari special dalam hidup aku.

Assalamualaikum! Sori lambat update pasal cuti-cuti ni. Kami bercuti ke Port Dickson,2 minggu yang lalu.Dan disini aku sediakan video kami sekeluarga ketika disana. Hope korang sudi meluangkan masa untuk tonton video ni. Enjoy it~


p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA pada semua rakan blogger. PEACE!

Wednesday, November 10, 2010

Nak cerita tentang kahwin.

Assalammualaikum semua.

Hari ni saya MC. haha. Sebab tu ada masa untuk update blog. Ok tak payah la tulis panjang-panjang. Straight to the point la senang. Sebelum nak cerita pasal kahwin-kahwin ni, aku nak cerita dulu pasal award yang aku dapat semalam. Firstly, aku nak ucap thanx sesangat kat NANA coz sudi tag aku sebagai penerima 'beautiful blogger award'. Beauty ke?huhu. Apa-apa pun sangat-sangat terima kasih la kerana memberi award ni. Terharu dan sangat seronok sebenarnya. Thanx sekali lagi NANA. Lebih afdal kalau kita sebut nama dia tiga kali,kan NANA? Ok dah cukup.



Award ni pernah ku dapat dizaman dahulu kala. Jadi, saya rasa tak payah la jawab soalan2 tu. malas sebenarnya. Kalau korang tak percaya, klik link ni dan link ini juga. Saya tada tipu punya olang. HUHU.

Ok cukup cakap pasal award. Kita berbalik semula pada tajuk entry hari ni. Bukan nak cerita pasal rumah tangga orang atau rahsia rumah tangga bahagia dan sebagainya. Saya just nak berkongsi cerita tentang bestnya dapat pergi rumah orang kahwin dan makan nasi minyak,nasi putih atau nasi jagung sekalipun tanpa bimbang perut buncit. HAHA.

Sekarang ni banyak betul orang yang nak kahwin kan? Almaklum la nak dekat cuti sekolah dan bermacam-macam cuti umum ni kan. Tidak terkecuali juga pada kedua-dua sepupu aku yang dah pun naik pelamin pada bulan lepas. Ntah-ntah dah habis honeymoon pun. HAHA. Lambat bebenau aku update blog. Tapi boleh lagi kot kalau nak wish pengantin baru kat dorang ni. HUHU.

Mula-mula yang kahwin ni adalah sepupu lelaki belah mak aku. Masa tu buat kenduri kat kampung je la sebab rumah pengantin kat sebelah rumah nenek aku je. Tema warna hijau dan berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil mengunakan DSLR aku.HAHA.

[menjadi anggota rewang. HEHE]
 [Yeay pengantin dah sampai.]
 [pengapit lak yang over posing.HEHE.]
 [tengok-tengok.Sweet kan dorang.:)]
[last sekali turn kami lak bergambar dgn pengantin]

Pengantin yang kedua pulak adalah sepupu belah ayah aku. Dia kahwin seminggu lepas sepupu aku kat melaka ni kahwin. Kali ni kami pergi jauh sikit,hantar rombngan pengantin lelaki sampai ke LEKIR,PERAK. Makan punya pasal,apa pun sanggup. HAHA. Dan ni gambar-gambarnya.
 
 [satu bas penuh tau.huhu.]
 [sebelum disandingkan]
 [semasa disandingkan.]
 [bersantap la pulak.]

 [tema purple.]
 [sebelum balik,shoping ikan masin dulu kat lumut.hehe.]
 
Lepas ni gambar aku lak yang kahwin. HAHA. Kepada para pengantin,SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA HUBUNGAN KALIAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.AMIN.

K babai~

p/s: DSLR aku model Kodak M340. Pergi cari kat google cepat!

Saturday, November 6, 2010

Andai Itu TakdirMu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Actually tajuk kat atas ni adalah tajuk lagu. Ala,lagu tema cerita Asmara la. Yang selalu ditayangkan kat tv3 setiap hari selasa pukul 9 malam tu. Korang mesti tengok cite tu kan?Drama ni best jugak la tambahan pulak pelakon utama drama ni hensem gile. Korang setuju tak?HAHA.

Lagu dalam drama ni pun best-best jugak. Dan ni salah satu lagu dalam drama ni. Lagu ni dinyanyikan oleh Syah Basree. Aku pun tak kenal dia ni. Sape ntah. HUHU. Korang dengar la ye.



Untuk download lagu ni,korang boleh klik link kat bawah ni ye.
syah basree - andai itu takdirmu.mp3

Dan ni lirik lagu Andai Itu Takdirmu-Syah Basree

Sinar mata hilang indah sinar
Bagai mengerti rasa
Dan suara
Pergi madah cinta
Namun apaku daya

Andai itu takdirmu
Ku dakap redha
Hingga membawa dia
Ke syurga dengan yang Esa
Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa adanya waktu

Berbicara tentang kisah kita
Tercipta penuh makna
Ku terima mungkin akhirnya
Jalani hidup kita

Ku sujud atas kasihmu
Beri petunjuk untukku
Ku percaya
Untuk terus berharap sehingga ku mampu

Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Ada waktu

Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa ada kau waktu
Andai itu takdirmu



Ok enjoy it!

Friday, November 5, 2010

saye sayang awak..!!!

Salam semua!!
kalau nak tengok video ni kene buka youtube.HEHE.

 

Sweet la this video!
Video ni dah lama dah sebenarnya.
Dah tersebar secara meluas pun kat fb tu.
Tapi aku baru nak publish kat sini. HUHU.
Mesti korang nak benda camni terjadi kat hidup korang kan?
Aku pun nak hidup aku selamanya bahagia.
InsyaALLAH.

Wednesday, November 3, 2010

Ke-bz-an terlampau.

Assalammualaikum.
Tajuk tu melambangkan diri aku sekarang ni. Blog pun dah lama gila tak update. Bukannya tak ada masa,kalau nak diikutkan masa aku ni dah terlebih-lebih sampai aku sendiri tak tahu nak buat apa dengan masa yang aku ada (boleh cam tu?). HAHA. Ok sebenarnya bukan aku tak nak update blog ni cuma buat masa sekarang ni aku sibuk dengan latihan industri yang entah bila nak habis. Baru-baru ni,aku terpaksa menukar tempat latihan industri gara-gara tempat yang lama tu tak sesuai dengan bidang yang aku ambil. Nak dijadikan cerita,aku terpaksa cari rumah sewa dan cari tempat praktikal yang baru dalam masa beberapa hari. Nasib aku baik coz dapat atasi masalah tu sesegera yang mungkin.

Dan sekarang ni setelah beberapa minggu buat praktikal kat tempat yang baru & duduk kat rumah yang baru,baru lah hidup aku stabil sikit. Sekali lagi,baru la aku boleh tulis entry untuk blog aku ni. Segala benda yang aku buat, semuanya benda yang baru berlaku dalam hidup aku. Banyak benda baru yang aku belajar kat tempat baru ni. *macam pening sikit bila banyak sangat perkataan 'baru' dalam perenggan ni.

Kawan-kawan kat sini ok,staf-staf pun ok. Bos lagi la ok. Kalau kat sini hari-hari dapat makan free. HUHU. Ni la part paling best dalam hidup aku kat sini. HAHA. Kalau nak cita banyak-banyak pun tak guna sebab korang bukannya nak baca entry panjang-panjang ni. KAN KAN KAN? So dipendekkan cerita,aku tak menyesal langsung tinggalkan tempat lama untuk belajar kat tempat baru ni. Segala-galanya jauh berbeza macam langit dengan bumi. Kat sini hidup aku lebih tenang walaupun hari-hari kene jalan kaki pergi kerja, kene bayar sewa rumah, kena fikir pasal makan minum lagi. Tapi aku tak kisah. Aku memang tak kisah.

Akhir kata dari aku,maju lah sukan untuk negara. Peace no war!

p/s: tengah fikir nak buat apa untuk projek akhir kat tempat praktikal ni.

::Tabung Rumah::