::Tabung::

Wednesday, September 29, 2010

Senyum

Assalammualaikum..

Mari mari dengar ini lagu. Semoga apa yang mengganggu fikiran dapat dileraikan. Lagu ni cute sangat ok.
Tolong la percaya. HEHE.

p/s : Selamat berhibur!

Sunday, September 26, 2010

Hang Out Katanya.

Assalammualaikum.

Hari ini aku tak nak tulis banyak. Korang tengok je la video ni. Tu pun kalau sudi le. Aku tak paksa pun. :)


dicipta oleh : Intan Rohaida.

Nuffnang Yang Baik Hati.

Assalammualaikum.

Saya happy hari ni sebab benda yang saya tunggu-tunggu tu akhirnya datang jugak kepada saya. Dikala saya sedang sibuk dan tak sempat nak blog walking, update survey, post entry bagai, time tu la dia nak bagi hadiah kat saya. Ni hah hadiah dia :-


 Teruja kot. First time dapat ni. Huhu. Harap-harap lepas ni nuffnang bagi lebih bayak BE kat saya. Hehe. 

p/s: Rezeki raya agaknya.  

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Jadi Yang Ke-21

Assalammualaikum.

SELAMAT HARI LAHIR
Khas buat diriku sendiri..haha. Dengan harapan apa yang dihajati akan tercapai dan menjadi insan yang lebih baik dimuka bumi ini. Amin





*Actually birthday aku 25 Ogos 2010 yang lepas. Entry ni baru dipublishkan hari ini atas sebab2 yang tertentu. Harap maklum. :)

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum & salam sejahtera.

 *ciplak kat SINI*

Tak lama lagi nak raya kan?Macam mana persiapan raya anda?Mesti korang tengah sibuk-sibuk buat kuih raya dan shoping raya kan. Kalau budak-budak sekolah dan student U, mesti korang happy gila sebab dapat cuti awal. Aku tak. Aku kene kerja sampai hari rabu ni pastu baru boleh balik kampung. Mak, abah, adik-adik aku semuanya dah selamat sampai kampung. HUHU. Tak sabar-sabar betul dorang nak raya.

Apa-apa pun, sempena raya yang sudah semakin hampir ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di dunia. Ucap awal sikit takpa kan?HEHE. Semoga raya tahun ni menjadi raya yang paling bermakna dalam hidup korang. Masa raya nanti,beringat-ingat la sikit. Jangan melampau-lampau pulak. Berserdehana je dah cukup.. (ceh,nak nasihat orang lain konon.diri sendiri mcmne cik fadxieza oi!) :p

Kepada yang masih belum balik ke kampung tetapi bakal balik ke kampung, Berhati-hati lah dijalan raya.Ingat orang TERsayang. Bawak kereta atau motor ke ape ke, jangan laju-laju macam kene kejar hantu. Bawak slow and steady je,mesti sampai jugak nanti. Kata orang, biar lambat asal kan selamat. Betul tak?

Dan sempena hari raya ni, tiada kad raya atau duit raya yang mampu aku beri pada korang. HEHE. Tapi kalau nak kuih raya,boleh datang ke rumah aku dekat Puchong ni. InsyaAllah kuih tu cukup untuk korang sampai 30 syawal nanti..HAHA. Tapi dengan syarat, seorang dapat satu biji kuih je..HEHE. Gurau je.

Itu saja pesanan khidmat masyarakat dari FADXIEZA. klik kalau nak tahu lebih lanjut. haha.
Sekian Wassalam.

babai~

p/s : Apa perkembangan terbaru iklan raya kat TV3 tu? Dah tak nampak lagi iklan Raya Merry Christmas tu. Mungkin dah di banned. Kat facebook pun takda lagi dah. Aku tengok pun kat youtube saja. Macam-macam.

Wednesday, September 1, 2010

TAG Dari Kelana Fana.

Assalamualaikum.
 
Hari ni saya kena jawab tag dari Kelanafana..dan soalan-soalannya adalah:-

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
-bila la aku boleh tidur..

2. Apakah nama samaran anda?
-fadxieza la..

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
-3orang je..mane cukup..nak sayang ramai2..

4. Panggilan untuk si dia?
-si dia tu sapa?

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
-beg tangan dan kasut baru..haha..aku kaki kikis..

6. Blog yang anda selalu lawat?
-banyak..

7. Tag kan kepada 15 blogger..
8 orang je cukup la eh..tak larat la..dah ngantok gila ni..kepada yang ditag tu,sudi-sudi lah menjawab tag ye..ni hah,award nye..tapak kaki i bagi kat u oll taw..hehe
 


k babai~

::Tabung Rumah::