::Tabung::

Saturday, February 27, 2010

JOM HEBOH 2010

haha..saya baru pulang dari jom heboh 2010..cuaca sangat panas dan membuatkan saya berpeloh2 sepanjang perjalanan..memang ramai sgt org kt sana tapi masih boleh bergerak la..jalan pun xjem..mungkin disebabkan hari ni hari sabtu kot..
apa saya buat kat sana ye?
  • shoping (sudah semestinya)-juz beli sehelai pashmina,dan london choco roll..haha
  • jumpa artis-maria tunku sabri(tp xtgkp gmbr pown),ifa raziah n fazli zainal(tgk dr jauh..huhu) dan bunkface(woooo)
  • makan-walaupun xlalu nak makan sbb xsabar2 nak jumpa bunkface..hehe
  • minum-paling banyak sekali sbb cuaca yang panas..haha
 
mate saya sepet sbb cuaca panas..agak silau ye..sam pakai topi sbb tu mate die steady je..

 
saya lagi tapi kali ni sam pandang bawah..
okey,apa yang penting dorang memang sporting..haha..k bubye..

Friday, February 26, 2010

hye there!

cuti tiga hari dan saya hanya duduk dirumah sahaja..xda aktiviti mahu dlakukan..so saya wat la entry ni..dah lama jugak saya xupdate blog ni..coz saya sangat bz..bz dengan kerja sekolah saya..saya juga bz dengan kawan2 saya..hehe..saya xda broadband jadi saya xleh on9 ari2..saya xnak beli broadband sbb saya tahu saya xkan blaja klu ada broadband..klu ada broadband sy akan mem-bz-kan diri saya dengan melayari internet setiap hari..itu adalah tidak baik untuk masa depan saya,jadi saya buat keputusan untuk tidak membeli broadband tersebut..sekian terima kasih..

Monday, February 15, 2010

cuaca oh cuaca!

Sangat panaz skrg ni..buletin utama kata mungkin sampai bulan mac..air kat takungan pun dah berkurangan..erm,kene jimat air ni..hehe..kepada kawan2,bersabar lah dengan cuaca panas ni ye..hehe
baca la berita ni..


Landasan Bengkok Akibat Cuaca Panas Punca 28 Gerabak KTMB Tergelincir
GURUN: Landasan mengembang dan tidak sejajar akibat cuaca panas terik menjadi punca 28 gerabak kereta api barang tergelincir di KM58.75 berdekatan Stesen Kampung Guar, Guar Chempedak, dekat, sini, semalam.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati rel besi landasan mengembang dan bengkok akibat cuaca panas.
Kerja-kerja baikpulih dijangka siap petang ini dan jadual perkhidmatan keretaa api penumpang dan barang akan kembali beropreasi seperti biasa, katanya kepada pemberita ketika meninjau kerja baikpulih landasan dan mengangkat gerabak yang terbalik dekat sini hari ini.
Dalam kejadian jam 4.48 petang semalam, kereta api tersebut membawa muatan barang berasaskan getah dan sedang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth.- BERNAMA

Friday, February 12, 2010

apa itu gelombang mikro?

APA ITU GELOMBANG MIKRO?
Mikrogelombang merupakan isyarat radio yang mempunyai frekuensi tinggi, dihantar menerusi ruang angkasa lepas. Isyarat ini dipancarkan dengan jitu dalam penghantaran garisan penglihatan dari satu antena ke antena lain. Antena tersebut diletakkan dipuncak bukit, diatas menara atau diatas bangunan yang tinggi. Lazimnya jarak antara antena tersebut ialah 25 hingga 50 batu. Penghantaran adalah lebih pantas dengan mikrogelombang. Frekuensi bagi gelombang mikro adalah diantara 300MHz- 300GHz.

KEBAIKAN GELOMBANG MIKRO
 Frekuansi lebih tinggi memberikan lebarjalur (BW) yang lebih lebar. Dengan itu banyak maklumat dapat dihantar serentak (banyak saluran dapat disediakan)


 Panjang gelombang yang sangat pendek menyababkan antenna mempunyai gandaan yang tinggi serta ruang sinaran yang sempit dapat dihasilkan.

 Frekuansi ang tinggi membolehkan antenna yang digunakan bersaiz kecil.

 Proses perambatan lebih baik.

 Berkebolehan menerima penyiaran dengan baik.

SEJARAH GELOMBANG MIKRO
Kewujudan gelombang elektromagnet telah ditemui oleh James Clerk Maxwell pada tahun 1864 melalui persamaan. Tahun 1888, Heinrich Hertz adalah orang pertama yang mendemonstrasikan kewujudan gelombang elektromagnet dengan membina sebuah alat yang menghasilkan dan mengesan gelombang mikro di kawasan UHF. Pada tahun 1894,JC Bose menunjukkan radio kawalan awam loceng menggunakan gelombang milimeter, dan melakukan kajian ke atas propagasi daripada gelombang mikro. Pada tahun 1943,Zoltán iaitu jurutera Hungary Bay menghantar gelombang radio ultra-pendek ke bulan, Gelombang radio akan terpantul dari bulan dan berfungsi sebagai radar. Ia boleh digunakan untuk mengukur jarak, dan juga untuk mempelajari tentang bulan dan fenomenanya. Penggunaan perkataan ketuhar mula diigunakan pada tahun 1931 secara rasmi buat pertama kalinya.Tetapi penggunaan pertama dari Perkataan ketuhar dalam konteks astronomi berlaku pada tahun 1946 dalam sebuah artikel "Microwave radiasi dari Matahari dan Bulan" oleh Robert Dicke dan Robert Beringer.

Saturday, February 6, 2010

GIVEAWAY!

JOM join give away ni..
senang jew taw..
rugi klu xjoin..
hadiah???
dalam gambar kat atas..
.fabric shiffon 1.5 meter..
sama ada warna oren atau purple,
bakal menjadi milik anda..

sila klik sini  KLIK

::Tabung Rumah::